Ahmad Hazwan rangkul gelaran Pemain Paling Bernilai 2016

Bekas pemain bola sepak Selangor yang bakal berhijrah ke pasukan dari Selatan, Johor Darul Ta’zim (JDT) telah dinobatkan sebagai Penyerang Terbaik dan Pemain Paling Bernilai pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2016 pada malam semalam.
Ahmad Hazwan yang juga pemain kebangsaan, telah mewakili Selangor dari tahun 2014 hingga 2016 dan berjaya menjaringkan 36 gol dari 68 penampilan. Beliau juga telah menjaringkan 7 gol selepas 25 penampilan bersama Selangor pada tahun ini.

Bagi kategori lain pula, Pemain Tengah Terbaik sekali lagi di menangi oleh Safiq Rahim.Safiq yang pernah memenangi kategori ini buat kali keempat selepas memenanginya pada 2011, 2012 dan 2015 merupakan individu penting membawa kemenangan JDT menjulang Liga Super dan Piala FA 2016.
Bagi anugerah Pertahanan Terbaik pula menjadi milik pemain terbaik perlawanan akhir Piala Malaysia 2016, Rizal Ghazali.

Pasukan Kedah juga meraih anugerah Jurulatih Terbaik ABK 2016 melalui jurulatih Tan Cheng Hoe. Dalam ABK 2016, menyaksikan pasukan JDT memungut enam daripada 25 kategori anugerah keseluruhannya.

SENARAI PENUH PEMENANG ABK 2016:

Pemain Paling Bernilai – Ahmad Hazwan Bakri (Selangor)

Penyerang Terbaik – Ahmad Hazwan Bakri (Selangor)

Pemain Tengah Terbaik – Safiq Rahim (Johor Darul Ta’zim)

Pertahanan Terbaik – Rizal Ghazali (Kedah)

Penjaga Gol Terbaik – Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)

Jurulatih Terbaik – Tan Cheng Hoe (Kedah)

Pemain Import Terbaik – Jorge Pereyra Diaz (Johor Darul Ta’zim)

Pemain Muda Harapan – Safawi Rasid (T-Team)

Anugerah Fair Play – Negeri Sembilan

Pemain Wanita Terbaik – Dandree Rofinus (MISC-MIFA)

Penjaring Terbanyak Tempatan (Liga Super) – Fazrul Hazli Mohd Kadri (Perak)

Penjaring Terbanyak Import (Liga Super) – Jorge Pereyra Diaz (Johor Darul Ta’zim)

Penjaring Terbanyak Tempatan (100PLUS Liga Premier) – Abdul Malik Mat Ariff (Kuantan FA)

Penjaring Terbanyak Import (100PLUS Liga Premier) – Ilija Spasojevi? (Melaka)

Pasukan Bolasepak Terbaik – Johor Darul Ta’zim

Penyokong Terbaik – Melaka

Media Sosial Terbaik – Johor Southern Tigers

Laman Web Terbaik – Johor Southern Tigers

Anugerah Komuniti – Subadron Aziz Football Academy dan Kindness Malaysia

Anugerah Khas Piala Presiden – Kelantan

Anugerah Khas Piala Belia – Sekolah Sukan Bukit Jalil SSBJ Bawah 17

Anugerah Khas Selamat Datang – MISC MIFA

Anugerah Khas Selamat Datang – PKNP FC

Penghargaan Khas – Mohd Faiz Subri (FIFA Puskas Award)

Penghormatan Khas – Mendiang Ah Wa

– MSTar

Tahniah kepada para pemenang. Semoga ia menjadi pemangkin untuk mereka membuktikan sesuatu.

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

2 thoughts on “Ahmad Hazwan rangkul gelaran Pemain Paling Bernilai 2016

  1. Tahniah buat Ahmad Azwan, Shafiq Rahim dan para pemenang anugerah yang lain… semoga lebih cemerlang dalam musim-musim yang akan datang…

Leave a Reply