Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Ahmad Fazli beralih ke TKKR Racing

Pelumba berpengalaman, Ahmad Fazli Shah Walat mengambil keputusan untuk beralih apabila tidak lagi bersama pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor bagi Kejohanan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS musim ini.
Pelumba berusia 36 tahun itu mengambil keputusan untuk menyertai TKKR Racing selepas mendapat tahu peraturan terkini dimana hanya tiga pelumba sahaja dibenarkan untuk kelas 150cc bagi setiap pasukan.
Beliau mengambil keputusan berhijrah bagi memberi ruang kepada pelumba lebih muda untuk bersaing bagi pasukan Yamaha Maju Motor.

Ahmad Fazli telah menyertai pasukan Maju Motor sejak tahun 2003 dan hanya sekali bertukar pasukan pada tahun 2011 dengan juara kelas Expert 2007 dan 2008 itu menyertai Penzoil Fastrac Racing Team sebelum kembali kepada Maju Motor.
“Saya sebenarnya gembira ke TKKR kerana masih diberi peluang berlumba dan mahu mencuba nasib di peringkat Asia pula (ARRC) bersama pasukan ini.

“Kalau boleh, saya nak buktikan sesuatu selepas berpindah pasukan dan saya harap mampu melakukannya,” katanya.

Sumber :-HMetro

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)