Agung sangatkah cinta??
Written by zool on March 30, 2008 – 3:15 am -Assalamualaikum.. Mungkin ada yang pelik kenapa tetiba si Zool ni menghasilkan post-post berkenaan cinta plak dalam minggu ni.. Adakah beliau sedang dilamun cinta??? Agak-agak adakah beliau akan memberikan jawapan di blog ini?? Hm.. mungkin tidak…
Di opis ni ramai yang amat berminat mendengar lagu rakaman sendiri oleh seorang individu yang tak dikenali.. Lagu jiwang dan gossip-gossip mengenainya menyebabkan saya cuba untuk mencari info mengenai kesahihan cerita tersebut.. Setelah mencari melalui pakcik google sedikit info tentang kes ini di blog khai . Jadi rasa terpanggil untuk memberi sedikit pandangan mengenai cerita tersebut.. Samada cerita itu betul atau sekadar bahan rekaan ianya sepatutnya menjadi pengajaran kepada setiap individu.. Teringat kembali cerita siswi UPM ( betulkan kalau salah) yang juga seorang pesilat yang dibunuh oleh bekas kekasihnya kerana ditolak cintanya.. Dan rasanya ada banyak lagi kes-kes bunuh akibat dari frust atau cemburu ni…
Jadi persoalan utamanya.. Hebat sangatkah cinta mereka?? Adakah ianya menunjukkan bahawa mereka seorang yang setia sehingga tidak sanggup berpisah dengan pasangannya?? Kenapa mereka sanggup merosakkan masa hadapan semata-mata untuk sesuatu yang boleh diubah….
Memang amat menyedihkan bila ianya dilakukan oleh mereka yang menuntut di Institut Pengajian Tinggi dan beragama Islam.. Semoga kita dijauhkan dari perkara begini….Amin..
Tags: , cinta
Posted in EMosi, kehidupan |
10 Comments to “Agung sangatkah cinta??”












March 30th, 2008 at 6:56 am
Cinta kepada tuhan adalah cinta yg agung. Tp cinta sesama manusia merupakan kuasa yg hebat kerana dpt merubah manusia itu sendiri.
Bg kes tragis yg menuduh CINTA adalah punca bg sy salah! kerna semuanya adlh berpunca drpd diri kita sendiri juga. Kekuata kita mengawal diri
March 30th, 2008 at 12:08 pm
Cinta kepada tuhan adalah segalanya. Tapi kadangkala kita pun lalai dlm cinta dunia..
March 30th, 2008 at 12:20 pm
Kita sering mentafsir cinta mengikut keperluan diri masing²…
March 30th, 2008 at 5:25 pm
Cinta itu indah…tak kira pada siapa cinta itu ditujukan, kecuali cinta terlarang.
Tanpa pegangan agama yang kuat, cinta kita pasti dipayungi makhluk2 yang sentiasa menghasut agar melakukan sesuatu yang dilarang.
March 30th, 2008 at 6:09 pm
cinta itu perlu. Tanpa cinta. Siapalah aku di malam hari ini. Sepi.
March 31st, 2008 at 12:54 pm
Memang cinta itu adalah sesuatu yang indah yang dikurniakan Allah kepada setiap insan. Yang paling indah dalam hidup adalah bila kita dicintai dan mencintai.
Cinta adalah sesuatu yg amat luhur dan bukan sesuatu yang boleh direka2 atau dibina. Ianya hadir dengan sendiri tanpa kita minta. Maka dengan sebab itulah maka lahirnya byk jenis cinta termasuklah cinta terlarang.
Namun begitu seharusnya perasaan halus, yang sukar dimengertikan ini dijaga dengan rapi dan jangan dicampur adukkan dengan tindakan2 yang terlarang. Sesuatu yang suci jgn dikotorkan dengan noda2.
Dan kenapa bila mencintai dan menyayangi kita perlu ada dendam? Kita perlu bertindak pesimis? Kita perlu melukakan orang2 yang menyayayngi kita, org2 disekeliling kita? Pada Ktom jika kita betul2 cinta dan sayang orang itu, bahagiakan lah dirinya. Jika dia sudah tak cinta kita lagi, lepaskan….biar dia cari kebahgiaan dia sendiri kerana cinta tidak boleh dipaksa…..kenapa kita harus memaksa dia dan kenapa kita harus bertindak bodoh. Gunakan akal fikiran dan sentiasalah berfikiran luas dan matang. Kesabaran itu satu tindakan yg amat bermanafaat dalam hidup kita.
March 31st, 2008 at 12:56 pm
hehehhe…sorry zool, terpanjang pulak….gian memberi komen lah tu sbb dah lama tak bg komen kat blog ni…hahahaha
March 31st, 2008 at 1:09 pm
ahib –> betul tu… kenapa perlu mengejar jika cinta tiada lagi padanya..
chewah jiwang dong..
safuan –> betul tapi kita selalu lupa padaNya ( termasuk saya)
afzai –> tepat sekali..
titan –> lain macam je ayat nie..
ktom –> tahniah ktom kerana akhirnya telah menulis komen kembali di blog saya. Saya setuju, biarlah orang yang kita cintai bahagia.. Mungkin kita tidak ditakdirkan untuknya… Insyaallah akan ada yang menanti.. Ye ke kan ktom??
March 31st, 2008 at 2:28 pm
Cinta??Cinta kepada Tuhan yang satu paling kekal..Tak gitu?Mari meng’ushar” blog aku lak…uhuhu
March 31st, 2008 at 2:35 pm
errrr… thanks for da trackback bro
hehehehe…