AFF Futsal : Malaysia bermula dengan menumpaskan Indonesia

Pasukan Futsal Malaysia memulakan aksi dalam Kumpulan B Kejohanan AFF AIS Futsal 2016 dengan menumpaskan jiran, Indonesia 6-5 dalam perlawanan pembukaan di Stadiaum Huamark , Bangkok. Kemenangan yang dicari oleh pasukan negara bagi mengelakkan pertembungan dengan juara 11  kali, Thailand pada separuh akhir menyaksikan pertarungan yang cukup mendebarkan.

futsal-malaysia-vs-indonesia
Kredit Foto Bolalob

Indonesia bermula garang apabila mendapat gol awal melalui Andri Kustiawan pada minit ke 5. Selang 2 minit kemudian, Malaysia menyamakan kedudukan melalui Abu Haniffa Hassan pada minit ke 7. Pemain Indonesia, Randy Muhshar serta Syahidansyah menjaringkan gol kedua dan ketiga pada minit ke 10 dan 11 dan dibalas oleh pemain Malaysia, Mohd Azwan Ismail pada minit ke 13.  Mohamad Azri Rahman menjaringkan gol pada minit ke 14 untuk menjadikan kedudukan 3-3.Ardy Suwardy dari Indonesia menjaringkan 2 gol pada minit ke 19 menjadikan kedudukan 3-5 . Pemain Mohd Ridwan Bakiri dari Malaysia menjaringkan gol pada minit ke 26 dan 29 untuk menyamakan sebelum Akmarulnizam Mohd Idris menghasilkan gol kemenangan pada minit ke 27.

Tahniah kepada skuad futsal negara. Masih terlalu awal untuk berbangga. Ada lagi beberapa perlawanan menanti untuk pasukan negara melangkah ke peringkat seterusnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Archives