post

AFC Championg League 2020 – JDT tumpaskan Suwon di gelanggang sendiri

Sebentar tadi baharu selesai pertandingan Peringkat Kumpulan G bagi perlawanan Liga Juara-juara AFC.
Malaysia yang diwakili pasukan terhebat dekad ini, JDT berjaya menumpaskan pasukan dari Korea Selatan, Suwon Bluewings dengan keputusan 2-1.
Dengan barisan pemain yang seakan import, pasukan Harimau Selatan ini menurunkan barisan terkuat termasuk penyerang sensasi negara, Safawi Rasid yang menerajui barisan serangan di Stadium Sultan Ibrahim.

Pemain yang bergelar Iniesta Malaysia, Nazmi Faiz melakukan lorongan terbaik kepada Diogo Luis Santo namun belum sempat penyerang tersebut melakukan jaringan, beliau dijatuhkan oleh pemain pertahanan pasukan kelab Korea Selatan itu.
Gonzalo Cabrera yang diberikan tanggungjawab mengambil sepakan penalti tidak mensia-siakan peluang tersebut pada minit ke 13.
Perlawanan pada separuh masa pertama menyaksikan pasukan tuan rumah mendahului dengan jaringan Cabrera.

Ketika memasuki separuh masa kedua, skuad JDT terlalai sehingga memberikan ruang kepada pemain gantian Suwon, Terru Antonis melakukan sepakan lencong cantik pada minit ke 55.
Tersentak dengan serangan tersebut, pasukan JDT menggandakan asakan sehingga ramai penonton mula menjerit memberikan semangat. Ye lah, perlawanan sulung di gelanggang baharu bagi Kejohanan AFC , mestilah nak menang kan?

Sekali lagi Nazmi melakukan hantaran cantik dan kali ini Mauricio yang sebelum ini memberikan kemenangan dalam Sumbangsih menjadi wira. Tandukan padunya memberikan kelebihan pada minit ke 73.
Gol tersebut berjaya dikekalkan hingga tamat sekaligus memberikan mata pertama bagi skuad Harimau Selatan dalam kejohanan kali ini. Dengan kemenangan ini, JDT berada di tangga kedua di bawah pasukan yang memiliki Andreas Iniesta, Vissel Kobe yang mendahului puncak.

Kesebelasan Utama
JDT: Farizal Marlias, S. Kunanlan, Mauricio, Fadhli Shas, La’Vere Corbin-Ong, Natxo Insa, Nazmi Fazi, Afiq Fazail, Gonzalo Cabrera, Safawi Rasid, Diogo Luis Santo

Suwon: No Dong-geon, Doneil Henry, Myung Jun-jae, Hong Chul, Min Sang-gi, Kim Min-woo, Lee Jong-sung, Choi Sung-guen, Yeom Ki-hun, Kim Gun-hee, Adam Taggart

Keputusan Penuh

JDT vs Suwon 2-1

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.