Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Kalau sebelum ni saya telah menulis mengenai sistem e-ADUAN di negeri Melaka, kali ni akan bercerita serba sedikit tentang aduan. Kali ni saya akan menulis mengenai aduan yang disalurkan ke Jabatan Kerajaan dan beberapa masalah berbangkit.. Antara yang dibincangkan adalah mengenai ‘tips membuat aduan’, ‘kenapa aduan lambat’, ‘aduan yang tak boleh diselesaikan’,. Mungkin entri ini berguna kepada anda semua yang menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan berkaitan kerajaan..
Pertama sekali elok diceritakan tips-tips membuat aduan ke Jabatan Kerajaan.. Sebenarnya ramai dari kita yang tak tau arah mana nak dituju untuk memberi ‘aduan’ .. Kalau negeri Melaka mungkin mudah sebab telah diwujudkan portal e-ADUAN untuk menyalurkan masalah.. Tetapi bagaimana dengan negeri lain ataupun anda tak tau gunakan sistem-sistem aduan?? Okay ini tips saya yang mungkin membantu.
1. Pertama sekali pastikan aduan itu dibuat secara bertulis. Ye mungkin anda rasa malas nak buat surat menyurat tapi sebenarnya surat adalah bukti yang menyatakan anda membuat aduan. Jangan terlalu berharap pada aduan telefon.. Kadang-kadang terlepas pandang.. Jadi sukar untuk melihat status tindakan yang dilakukan oleh jabatan..
2. Setiap surat aduan pastikan dihantar sesalinan kepada Biro Pengaduan Awam.. Janganlah sikit-sikit hantar ke SPRM.. Nanti tak setel-setel masalh.
3. Seelok-eloknya tulislah butir peribadi anda.. Nyatakan masalah lengkap.. Banyak aduan diterim tidak dinyatakan maklumat pengdu.. Ini memang menjadi kesukaran jabatan tentang kesahihah aduan.. Berilah kerjasama bagi memudahkan siasatan dan tindakan dilakukan.
4. Pastikan juga masalah berkaitan dihantar kepada jabatan yang betul.. Seeloknya hantar surat by hand dan follow up . Dapatkan pegawai yang berkaitan bagi memudahkan maklumbalas seterusnya.
5. Sekiranya aduan tersebut tidak diberi maklumbalas dalam tempoh lebih 14 hari anda boleh memberi aduan pada Bahagian Pengaduan Awam.. Dan sekira tempoh yang lama elok dibawa ke Ketua Kerajaan ( Perdana Menteri, Menter-menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri, Ketua Jabatan). Dan jika masih tak berjaya barulah ke media( tak digalakkan..) .
Okay itu tips, kali ini saya menulis mengenai ‘kenapa aduan lambat’:-
1. Ada aduan yang dihantar pada salah tempat..Sebagai contoh buat aduan mengenai cukai tanah di Pejabat Majlis Perbandaran. Memang ianya di luar bidang kuasa jabatan berkaitan…
2. Jabatan tiada peruntukan.. Kadangkala jabatan memerlukan duit untuk melakukan sesuatu aktiviti. Jadi kadangkala ianya lambat untuk dilaksanakan memandangkan mereka tidak cukup wang … Ini selalu berlaku terutama jabatan yang berhubung terus dengan rakyat.
3. Komunikasi yang tidak tepat. Ini berlaku jika aduan-aduan verbal.. Kadangkala jabatan tak memahami masalah yang diberitahu pengadu. Jadi memang lewat nak diselesaikan..
4. Macam yang saya beritau dalam tips tadi, terdapat aduan tanpa nama.. Jadi sukar sekali jabatan nak merujuk. Kena kalau masalah melibatkan kawasan ceruk-ceruk.. Memang jadi masalah tanpa orang yang boleh dirujuk..
Yang terakhir pula, aduan yang tidak dapat diselesaikan..
1. Aduan yang terlalu cerewet. Kadangkala tidak semua aduan itu boleh diselesaikan ikut kemahuan pengadu. Saya pernah diminta oleh seorang pengadu untuk mendapatkan rumah di kawasan yang dia ingini, harga murah , setingkat dan nak tahun ni. Memang sukar dilaksanakan.. Rumah bukanlah roti canai yang boleh dibuat ikut kemahuan.. Jadi memang sukar sekali.
2. Aduan bersifat peribadi. Kadang-kadang kisah rumah tangga pun dibawa ke jabatan bukan berkaitan. Walaupun terdapat jabatan agama dan sebagainya , mereka hanya mampu dari segi nasihat. Keputusan di tangan anda..
3. Masalah kewangan.. Baru-baru ni jabatan saya menerima aduan tentang seorang pengadu yang rumahnya bakal dilelong. Dan yang sukarnya ialah dia tidak boleh membayar langsung.. Perkara ini memang tidak dapat diselesaikan oleh jabatan.
4. Aduan berbaur politik.. Memang sama sekali tidak dapat dilayan..
Rasanya cukuplah setakat ni. Rasanya post ni antara yang panjang kot. Mungkin boleh buat satu ebook lepas ni.. Huhuhuhu
RSS Feed
Twitter



June 22nd, 2009
zool
Posted in
Tags: 


Wah…bro dah tukar umah baru
erm kuat betul birokrasi
Reply
zool
Reply:
June 22nd, 2009 at 17:31
Sesekali ubah selera..
Di atas adalah tips.. Birokrasi ada di mana-mana..
Kuat tak kuat kena tgklah camne… ini tips supaya cepat dan mudah nak dapat maklumbalas..
Reply
saya nak membuat aduan mengenai perkhidmatan air. Di kawasan Tengkat Tong Shin kerap tidak ada air atas alasan ada buat service. Takkan pihak SYABAS buat service selama 3 ke 4 hari setiap bulan. saya harap pihak SYABAS menyediakan bekalan air yang konsisten bukannya buat sesuka hati sahaja. selesaikan masalah ini dengan secepatnye.
Reply
Saya ingin membuat aduan mengenai kereta dan cukai jalan
Ingin mengemukakan bahawa jika kereta mengalami satu kemalangan jalanraya dan segala kos pembaikan dan tuntutan dibiayai oleh pihak insuran kereta. Untuk pengetahuan, jika sesebuah kereta telah masuk bengkel kereta akan menunggu lewat untuk pembaikan dan urusan insuran. Dengan itu jangka masa kebiasaan mengambil dalam sebulan atau 2 bulan baru selesai. Dalam masa sebulan itu atau 2 bulan dalam kereta itu terdapat kerugian pada pihak pengguna sedangkan pihak pengguna membayar cukai jalan setahun. Dengan itu saya syorkan pihak kerajaan dapat mengkaji dalam hal itu iaitu dapat mengurangkan kos bayaran cukai jalan bagi tahun berikutnya bagi pengguna yang mengalami kemalangan. Dengan membuat satu format borang yang selaras. Ini disebabkan banyak pengguna kereta kena bayar kesalahan lalulintas iaitu kes saman sebagai contohnya…tiada dapat belas rayuan. Mengapa tidak kes kemalangan kereta pengguna dapat dikaji.
Dalam hal tersebut diatas, pihak kerajana dapat mengemukakan formula pengiraanya.
Terima kaish.
Reply
zool
Reply:
May 28th, 2010 at 23:51
salah tempat ni.. tolonglah baca entri ni penuh2 ye
Reply