LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Adiq Husainie kuasai peringkat kedua Jelajah Malaysia (JM) 2017

Pelumba basikal negara, Adiq Husaini Othman yang mewakili pasukan Terengganu Cycling Team(TSG) berjaya memenangi peringkat kedua Jelajah Malaysia (JM) 2017 di Kuala Kurau pada Rabu.
Pelumba berusia 26 tahun berjaya mendahului pelumba lain setelah mencatat masa terpantas 3 jam 17 minit 12 saat dalam saingan yang bermula dari Lumut hingga ke Kuala Kurau yang melibatkan jarak sejauh 145.3 kilometer.

Tempat kedua pula milik pelumba dari Thailand Continental Cycling Team, Ariya Phounsavath manakala pelumba yang mewakili Polid Siraja Malaysia, Fauzan Lutfi berada di tempat ketiga dengan mencatat masa yang sama dengan Adiq.
Saingan itu juga menyaksikan jersi kuning (pendahulu keseluruhan) bertukar tangan kepada pelumba Australia, Ryan Thomas dari Oliver’s Real Food Racing, selain dia juga memenangi jersi kelabu (pelumba muda terbaik).

Dalam perlumbaan itu menyaksikan skrip sama berulang apabila pelumba TSG, Nur Amirul Fakhruddin Mazuki mengekalkan jersi hijau (raja pecut), termasuk Zawawi Azman dari Team Sapura Cycling bagi jersi merah (pelumba terbaik Malaysia).

Sementara itu, jersi polka-dot (raja bukit) masih dipegang pelumba Indonesia, Abdul Gani dari KFC Cycling Team memandangkan saingan peringkat kedua itu tidak melibatkan zon pendakian.- UTUSAN ONLINE

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)