Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Baru-baru ini kita digemparkan dengan kes rampasan produk makanan yang kononnya mampu menjana minda kanak-kanak. Kes ini telah mengemparkan rakyat Malaysia kerana ianya dikaitkan dengan seorang kanak-kanak genius berumur 10 tahun bernama Adi Putra.. Beliau juga diberitakan menjadi CEO bagi produk yang tidak diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Perkara ini cukup menyedihkan kerana beliau pasti akan berhadapan dengan satu lagi tekanan hebat. Jika sebelumnya beliau mendapat tekanan kerana tidak bersekolah, kali ini hal bahan larangan pula. Agak mengecewakan kerana beliau mempunyai potensi untuk lebih maju tetapi ianya dikotorkan dengan publisiti dan benda-benda yang tidak sepatutnya. Mungkinkah satu lagi genius tempatan yang tersungkur dan tidak dapat diperkembangkan bakatnya?

Saya bukanlah cendiakawan apatah lagi genius tapi sekadar memberikan buah fikiran seperti :-

1. Adi Putra mesti menyambung pelajarannya. Tak kisahlah samada meneruskan di sekolah rendah, menengah atau peringkat IPT. Yang pentingnya beliau perlu menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar.. Tak silap dulu, UNISEL pernah menawarkan beliau untuk melanjutkan pelajaran di sana. Jadi apa salahnya sekiranya beliau di sana. Di negara Barat terdapat juga kanak-kanak genius yang bersama-sama belajar di Universiti. Kurang bijak kalau beliau hanya belajar di rumah tanpa bimbingan..
( Ada yang mengatakan Adi Putra mendapat pendidikan di sekolah biasa.. Ada sesiapa boleh bagi pengesahan ??)

2. Beliau boleh diberikan pendidikan khas oleh pakar-pakar berkaitan. Mungkin perlu belajar secara persendirian oleh professor-professor yang pakar dalam bidang Matematik. Walaubagaimanapun kaedah ini kureng kerana ia mungkin menambah tekanan kepada beliau.. Tapi lebih baik dari keadaan sekarang..
3. Kurangkanlah eksploitasi .. Beliau tidak sepatutnya dieksploitasi untuk kepentingan sendiri. Cubalah gunakan kelebihan beliau untuk bangsa dan negara. Terlalu banyak eksploitasi sehinggakan rancangan-rancangan hiburan pun memanggil beliau sebagai tetamu. Tak sesuai rasanya..

Okay cukuplah setakat ini.Mungkin anda mempunyai pendapat untuk dikongsikan bersama.. Silakan, walaupun ianya tidak membawa ke mana tapi mungkin satu hari anda mempunyai seorang anak yang genius dan boleh dijadikan panduan kelak.. Harap-harap Adiputra akan terus maju dan tidak akan tenggelam seperti genius-genius sebelum ini.. AMIN..