LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Adakah pemain bolasepak bermain kerana duit ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Semalam, ada beberapa fb page sukan yang membicarakan tentang rungutan seorang lagenda bolasepak yang mengatakan bahawa pemain bolasepak kini lebih memikirkan wang dan tidak berbakti kepada kelab bolasepak negeri masing-masing.

Uploaded with ImageShack.us
Banyak komen-komen menarik samada menyokong dan membangkang tentang kenyataan bekas pemain bolasepak negara ini. Secara peribadi saya mempunyai pendirian tersendiri tentang isu terbabit tapi sebelum itu elok rasanya kalau saya dapatkan pendapat dari pembaca blog ligakampung.com ini.

Jadi, apa pendapat anda tentang pemain yang bertukar pasukan kerana ingin mendapatkan imbuhan yang lebih? Adakah anda bersetuju dengan langkah pemain itu? Dan apa pula pendapat anda tentang kenyataan lagenda bolasepak tersebut?

Bincangkan sikit kat bawah ni secara ilmiah dan bukan mengikut emosi.. Insyallah, kalau ada kelapangan saya akan tulis pendapat saya selepas ini.

Sekian..

Please follow and like us:
error0

6 thoughts on “Adakah pemain bolasepak bermain kerana duit ?

  1. Kalau kita dapat tawaran yang lebih baik sebegitu rupa, kita pun akan beralih angin jugak. Tipu la kalau kita tak pandang wang ringgit. Bekerja pun macam tu jugak. Kalau sekarang gaji RM1k, esk lusa dapat tawaran gaji RM2k sapa tak nak? Ada ke yang tolak? Cuma jasa kelab lama tidak seharusnya dilupakan. Jangan dikutuk kelab lama kita.

  2. memang main kerana duit tp utk kesenangan pemain itu sendiri tak kan nak tempat tu je… kalau dpt oper lagi elok kan elok pindah.

    setuju dgn pendpt hazim, jgn dikutuk team lama udah lah… main secara pro, bicara pun secara pro 🙂

  3. bergantung. tengok keadaan. tapi aku tahu..banyak berat kepada duit. kira normal dah tu. tapi bagi aku tak salah. itu mata pencarian utama mereka.

  4. bermain bola merupakan sumber pendapatan dia orang….jikalau tak saving dan tak rebut peluang yang ada, alamatnya umpama mimpi dalam mimpi ler….
    Ini semua masa depang dia orang sendiri dalam menentukan hala tuju permainan dan masa depannya…

  5. setuju dengan sukma… kadang2 kalau tak fikirkan duit susah juga.sebab dengan keadaan ekonomi sekarang ni, susah untuk survive tanpa duit.. duit ibarat salah satu perkara yang sangat penting di dalam kehidupan. apatah lagi pemain bola sepak ni bukannya bersara pada umur50-60. mereka semua bersara awal. jadi , masa sekarang ni lah mereka kena mengumpul harta untuk kehidupan lepas persaraan nanti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)