Adakah kita hamba duit

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Duit memang penting dalam kehidupan seharian. Kepentingannya menyebabkan ramai yang menjadi semakin lalai dan melakukan apa sahaja semata-mata untuk mendapat kertas bernilai yang boleh membeli pelbagai benda.

Setiap hari setiap masa ramai yang mengejar duit. Ada yang mengejar duit sebab ketamakan dan ada yang mengejar duit untuk membantu orang yang susah. Tapi kebanyakannya mungkin mencari duit untuk meneruskan kelangsungan hidup. Kepayahan hidup yang berteraskan duit menyebabkan ramai yang menjadi hamba duit.
Menjadi hamba duit akan memberi masalah. Banyak masalah sosial pada masa kini disebabkan oleh hidup yang berpaksikan duit.

hamba-duit
Kejar duit sampai ke kubur. Jangan diikut ni

Sememangnya duit penting dalam kehidupan kita tapi rasanya kita boleh mengelakkan diri dari menjadi hamba duit. Kebijaksanaan menguruskan kewangan mampu mengelakkan kita menjadi hamba duit sehingga ke akhir hayat. Bukan salah untuk berusaha mencari duit yang banyak tapi perlu seimbang dengan kehidupan. Jangan mengejar duit bagai nak rak sampai melupakan tanggungjawab sebagai HambaNya, tertinggal tanggungjawab sebagai penghuni dunia dan pelbagai lagi yang perlu kita nikmati dalam hidup ini.

Adakah kita hamba duit? Mungkin jawapan ya dan mungkin juga tidak.Kita sendiri kena nilai diri samada kita termasuk dalam golongan ini atau sebaliknya. Jadi fikir-fikir dan bincang-bincangkanlah kalau sudi.

Sekian…

9 thoughts on “Adakah kita hamba duit

  1. memang duit itu sangat penting dalam kehidupan kita sehari-hari, karena sehari tanpa duit hampa hehe,,, tapi jangan sampai kita menjadi hamba nya duit….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Archives