Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Adakah ini Jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Ada tak sesiapa di sini yang menjawat jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat ? Kalau tidak pun, apa jua jawatan yang berkaitan dengan ICT ? Kalau ye, mungkin anda akan mempunyai beberapa pengalaman yang hampir sama dengan apa yang ditulis. Dan jika anda bukan dalam lapangan ICT, adakah anda pernah berurusan dengan orang IT ni? Pasti pernah bukan? Dan entri ini mungkin sedikit sebanyak akan membuka persepsi anda tentang orang IT ni.

The Hacker

Semua sedia maklum, bila jawatan dalam bidang IT ni, mereka akan berhadapan dengan komputer serta peralatan IT yang lain. Namun tahukah anda, bahawa bukan semuanya dalam bidang tugas orang IT ni. Ada juga yang nampak macam bahan IT tapi tak mampu dikendalikan oleh mereka kerana dibidang kemampuan. Antaranya ialah :-

1. Kesahihan data dalam sistem. Ada yang bertanya laporan macam-macam yang tersergam dalam sistem. Sambil tu ada juga pertikaikan data yang dikeluarkan. Sebenarnya orang IT hanya menyediakan platform untuk dikeyin dalam sistem itu. Penggunanya yang perlu mengetahui tentang kesahihan data tersebut. Ini ada ke pengguna yang tanya dengan orang IT pasal data. Itu yang kadangkala orang IT boleh sakit dada tu. Ini berikutan kurangnya komitmen pengguna tersebut pada sistem tersebut terutama pegawai. Kadangkala ada yang data terpaksa dikeyin oleh orang IT. Ada ke patut?

2. Mesin photostat rosak. Ini satu perkara yang selalu berlaku. Bukan sekadar mesin je, kadangkala mesin telefon sampai kabel extension pun diharapkan orang IT betulkan. Ini sukar untuk dibuat kecuali orang IT tu memang pernah ada pengalaman betul mesin photostat. Malahan, janganlah ingat orang IT boleh betulkan handphone mahal anda tu ye.

| Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Yang Tak Geek |

3. Merekabentuk banner. Ramai yang tak tahu yang orang IT mempunyai kemahiran terhad dan bagi rekabentuk ini tidak semua mampu melakukan kecuali yang ambil jurusan Multimedia. Tidak semua kerja mampu dilakukan terbaik oleh orang IT walaupun ianya menggunakan komputer.

4. Menggunakan perisian. Bila orang IT je, mungkin ingat boleh guna semua perisian. Tanggapan ini salah kerana tak semua orang IT tahu tentang perisian yang lain. Sebagai contoh, AutoCAD, MapInfo yang berkaitan dengan kejuruteraan . Mana mampu seorang juruteknik komputer mahupun programmer menggunakannya sebab ia memerlukan skill dan pengetahuan tentang kejuruteraan.

5. Bukan semua perkara IT yang boleh dilakukan. IT ini cukup luas dan tidak semua pakar IT mampu mengetahui semuanya. Ada programming, network engineer, multimedia dan pelbagai cabang lagi. Masing-masing mempunyai kemahiran tersendiri dan bukan semua cabang mampu diketahui.

6. Membetulkan sistem aplikasi. Ada yang ingatkan orang IT boleh membetulkan semua sistem aplikasi tersedia. Sebenarnya dalam programming pun ada banyak bahasa yang tak terkejar bagi seorang programmer. Melihat ‘source code’ programmer asal belum tentu membantu untuk menjadikan sistem lama itu lebih baik dari sebelumnya.

7. Menjawap pertanyaan dalam emel, facebook bagi sesuatu organisasi. Walaupun orang IT biasanya tahu cara untuk menggunakan emel, facebook dan laman sosial lain tapi untuk menjawab pertanyaan bukanlah bidang mereka. Ia menjadi kesukaran bila pertanyaan tiada kaitan dengan tugas hakiki mereka.

Sebenarnya ada beberapa perkara lagi yang orang lain kurang faham dengan kemahiran orang unit IT ni. Tapi cukuplah sedikit sebanyak yang dipaparkan dalam artikel kali ini. Diharap dengan artikel ini, orang yang bukan berkaitan IT memahami sedikit keluhan kami. Tapi tak mengapa, yang penting kerja ini banyak jasanya. Jika buat dengan niat yang baik pasti ada balasannya..

Sekian

Please follow and like us:
error0

3 thoughts on “Adakah ini Jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat ?

  1. Salam Hormat.

    Kalau semua nak buat & semua nak tahu memang masak la.
    Rasanya skop kerja Penolong Pegawai Teknologi Maklumat ini luas.

    Ada yang:
    – Buat Sistem maklumat
    – Buat Networking
    – Buat Design

    Dan setiap kepakaran ini mengikut bahagian masing-masing. Contoh kalo dalam Jabatan IT mesti ada jabatan:

    – Sistem Maklumat
    – Networking
    – Design

    Begitulah kaedahnya, huhuhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)