LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

ACC 2018 : Jupha raih pingat emas pertama di pentas Asia

Pelumba wanita negara, Jupha Somnet membuktikan keunggulan dalam acara perlumbaan mata elit dalam Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2018 selepas memenangi pingat emas di Velodrom Nasional, Nilai sebentar tadi.
Jupha yang baru sahaja kembali beraksi selepas mengikuti kursus polis pada tahun lalu berjaya memberikan pencapaian peribadi terbaiknya selepas sebelum ini gagal mengapai emas dalam empat kejohanan ACC yang disertai sebelum ini.

Jupha berjaya mengumpulkan 35 mata untuk menduduki tempat pertama menewaskan pelumba Hong Kong, Xiaojuan Diao yang memungut 25 mata di tempat kedua dan Ke Xin Zeng dari Taiwan yang mendapat tempat ketiga dengan 21 mata.
“Di sini, saya berjuang untuk pergi ke Piala Dunia semula sebab tahun lalu saya langsung tidak menyertai ACC. Ia kerana saya menjalani kursus polis selama enam bulan. Tahun ini saya bermula semula,” kata Jupha.

Kejayaan ini sudah pasti mengukuhkan lagi peluangnya untuk mewakili negara dalam Sukan Komanwel Gold Coast, April ini.

Difahamkan, sebelum ini tiga pelumba wanita negara layak secara merit ke temasya itu, iaitu Fatehah Mustapa, Farina Shawati Adnan dan Anis Amira Rosidi.

“Selepas ACC ini, saya akan fokus berlatih seperti biasa. Mungkin saya akan menyertai kem latihan di Chiang Mai, Thailand. Di sana, saya akan perbaiki apa yang belum cukup,” katanya lagi.

Sumber :-Stadium Astro

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)