LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Abdul Latif Romly pungut emas ketiga dan pecah rekod dunia

Atlet lompat jauh Para Malaysia berjaya menambah koleksi pingat emas Malaysia di Sukan Paralimpik 2016.
Atlet dalam kategori T20 ini bukan sahaja menang emas malahan memecahkan rekod dunia bagi acara tersebut. Bukan sekali tapi 3 kali lompatan beliau melepasi rekod dunia.

Atlet berusia 19 tahun dari Beseri, perlis itu berjaya mencatatkan 7.47m, 7.54m,6.79m dan 7.60 meter dalam 5 percubaan dimana percubaan pertama gagal.
Catatan pada percubaan kedua,ketiga dan kelima melepasi rekod lama iaitu 7.35 meter. Untuk rekod, rekod kebangsaan lompat jauh bagi atlet normal adalah 7.88 meter dan tidak mustahil ianya mampu dicapai oleh Latif yang masih muda dan berusia 19 tahun itu.

Mungkinkah Abdul Latif akan beraksi dalam kejohanan bersama dengan atlet normal di masa akan datang? Tidak mustahil kalau ada yang cuba membantu dan pasti akan lebih manis kalau beliau mampu membuktikan kepada atlet BIASA di sana yang beliau seorang yang LUAR BIASA.
Semoga maju jaya dan tahniah kepada beliau.

Please follow and like us:
error0

2 thoughts on “Abdul Latif Romly pungut emas ketiga dan pecah rekod dunia

  1. hebat sungguh, manusia normal seperti saya pun rasa x sampai 6meter hehe….panjang giler kaki nak ceceah 6 meter tu.
    ini pula 7,34m fuhhh
    impian jadi kenyataan taniah sekali lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)