Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Aaron Chia / Soh Wooi Yok rangkul tempat kedua di All England 2019

Pasangan beregu meningkat naik, Aaron Chia – Shon Wooi Yik terpaksa berpuas hati mendapat tempat kedua dalam Kejohanan Badminton All England 2019.
Dalam perlawanan akhir yang selesai pada malam tadi menyaksikan pasangan beregu itu menentang pasangan berpengalaman Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan di perlawanan akhir.
Pada set pertama, pasangan negara berjaya memenangi set pertama dengan keputusan 21-11 namun pada set kedua pasangan beregu Indonesia memenangi set kedua dengan keputusan 21-14.
Pada set penentuan, kekuatan pengalaman pasangan Indonesia itu memisahkan pasangan negara dari kejuaraan selepas menumpaskan pasangan negara dengan keputusan 21-12.

Walaupun tumpas, persembahan Aaron Chia dan Soh Wooi Yok tetap boleh dibanggakan selepas mengejutkan ramai pasangan yang lebih berpengalaman sebelum ini. Ini sepatutnya menjadi motivasi bagi mereka untuk mencabar pasangan lain dan seterusnya merangkul pelbagai kejuaraan serta mengejar Kejuaraan Olimpik 2020 nanti.

Bagi persembahan pemain lain nampaknya tiada yang mengejutkan berlaku apabila kebanyakan pemain tumpas di peringkat awal lagi.

Keputusan Penuh Badminton All England 2019

Beregu Wanita
CHEN Qingchen /JIA Yifan [5] China – Mayu MATSUMOTO /Wakana NAGAHARA [3] Japan
18-21 22-20 21-11
1:23

Perseorangan Wanita
CHEN Yufei [3] China – Chinese Taipei TAI Tzu Ying [1]
21-17 21-17
0:41

Beregu Lelaki
Mohammad AHSAN /Hendra SETIAWAN[6] Indonesia – Aaron CHIA/SOH Wooi Yik
11-21 21-14 21-12
0:48

Beregu Campuran
ZHENG Siwei /HUANG Yaqiong[1] China -Yuta WATANABE/Arisa HIGASHINO [Jap]
21-17 22-20
0:40

Perseorangan Lelaki
Kenta Momota [1] Japan – Victor Axelsen [6] Denmark

21-11, 15-21

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.