LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Aaliyah Yoong tersenarai kedudukan 20 terbaik dunia

Ratu ski air Malaysia, Aaliyah Yoong Hanifah berjaya menduduki senarai 20 kedudukan terbaik dunia bagi kategori Bawah 17 tahun.
Kedudukan itu disenaraikan oleh Persekutuan Luncur Air dan Wakeboard Antarabangsa (IWWF).

Berdasarkan senarai, Aaliyah merupakan atlet ski air termuda yang disenaraikan dalam ranking tersebut. Ia berikutan kejayaannya mara ke separuh akhir Kejohanan Moomba Masters di Melbourne, Australia pada awal bulan ini.
Beliau yang baru berusia 12 tahun juga berjaya merangkul gelaran Bawah 17 pada saingan Kelayakan Terakhir (LCQ) Moomba yang berlangsung selama 2 minggu pada bulan lepas. Beliau juga berjaya mencatat rekod baharu Asia acara tricks selepas mengutip 6,610 mata.

aaliyah_trick1

Pada LCQ Moomba beliau berjaya melakukan catatan peribadi terbaik dalam acara slalom dan jump sekaligus menyaksikan ranking beliau melonjak ke tempat ketiga keseluruahn bagi kategori Bawah -14 tahun.
Kejayaan ini merupakan pencapaian terbaik pernah dirai oleh atlet ski negara dan ia membuktikan bahawa Aaliyah kini sudah mula dikenali dalam sukan ski dunia.

Menurut Ketua Jurulatih Persekutuan Luncur Air dan Wakeboard Malaysia(MWWF), Hanifah Yoong, ranking ini membuka peluang kepada Aaliyah untuk menyertai Kejohanan Dunia pada masa akan datang.
– KOSMO

Satu pencapaian yang baik buat sukan ski Malaysia. Mungkin tak ramai yang memandang tinggi pada sukan ski ini namun dengan munculnya permata bertaraf dunia pasti akan menaikkan lagi nama sukan ski air di Malaysia.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)