LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

8 Cara untuk memastikan keselamatan rumah dari penceroboh ketika bercuti

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Musim cuti merupakan antara waktu rumah akan ditinggalkan kosong. Ini akan mengundang pengunjung yang tidak dikehendaki menceroboh kediaman kita. Pasti kita tidak mahu melihat rumah kita yang ditinggalkan dalam keadaan baik bertukar menjadi kacau bilau akibat anasir yang tidak diingini. Media cetak, The Star telah memberi 8 panduan bagi memastikan rumah anda selamat ketika ketiadaan anda.
Panduan tersebut dinyatakan dalam English (seperti gambar di bawah) dan saya cuba untuk menterjemah ke Bahasa Malaysia (sekiranya salah, harap diperbetulkan)

pencuri

1. Pintu dan tingkap mesti ditutup serapatnya. Seeloknya mengandakan dengan menggunakan kunci manga yang berkualiti.
2. Gunakan penggera yang boleh mengeluarkan bunyi sekitar 100 decibel dan boleh dikunci semula selepas 10 saat. Ini penting bagi menakutkan penceroboh yang cuba masuk ke dalam rumah anda. Dengan bunyi yang kuat, ia mampu membangunkan jiran lain yang akan menyemak.
3. Jangan memberi petanda kepada orang luar bahawa anda tiada dirumah. Minta jiran yang dipercayai supaya mengambil suratkhabar dan surat anda. Rumah yang penuh dengan surat dan suratkhabar yang tidak diambil memberi petanda kepada pencuri bahawa tiada orang dalam rumah tersebut.
4. Alihkan tangga diluar yang membolehkan orang luar mengakses tingkap atau balkoni di atas rumah.
5. Jangan tutup keseluruhan langsir bila tiada dirumah jika anda selalu membiarkan ia terbuka.
6. Gunakan besi panjang atau kayu keras untuk menghalang pintu sliding dari boleh dibuka oleh penceroboh.
7. Jangan tinggalkan GPS didalam kereta ketika parking di lapangan terbang. Ia membolehkan pencuri mendapat alamat rumah anda.
8. Jangan memberitahu bahawa anda sedang bercuti di laman media sosial kerana ia membolehkan bakal penceroboh mendapat perhatian.
8-cara-untuk-keselamatan-rumah

** Selain itu ada beberapa perkara perlu diambil perhatian seperti :-

    Maklumkan kepada pihak polis tentang ketiadaan anda. Ia bagi membolehkan pihak polis mengadakan rondaan kerap.

      Bertawakal dan jangan risau sangat. Berdoalah kepadaNya.. Insyallah rumah kita akan dilindungi.

    Sememangnya tiada jaminan 100 peratus rumah anda tidak dicerobohi walaupun menggunakan panduan diatas. Namun ianya mungkin sedikit sebanyak membantu. Selain itu sekiranya anda ada idea atau pendapat lain boleh kongsikan di ruangan komen di bawah.

    Okay cukuplah setakat itu. Semoga anda yang ingin bercuti dapat memanfaatkan panduan yang dinyatakan seperti diatas.

4 thoughts on “8 Cara untuk memastikan keselamatan rumah dari penceroboh ketika bercuti

  1. Terima ksih di atas perkongsian info… Diharap kita dapat menggunakan langkah-langkah ini untuk mengelakkan rumah kita daripada dicerobohi….

  2. Lebih selamat lagi, pasang cctv palsu (dummy) di tempat yang mudah di lihat. terbaik. tambah sekarang ini, ada padlock alarm. sensitif sikit. alarm akan berbunyi lebih kurang 1 minit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.