Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

72,000 tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2016

Sebanyak 72,000 keping termasuk 2,000 untuk kanak-kanak telah dikeluarkan oleh penganjur, Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) untuk perlawanan akhir Piala Malaysia 2016.
Perlawanan membabitkan pasukan Kedah menentang Selangor akan di adakan di Stadium Shah Alam pada 30 Oktober 2016.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif FMLPP, Kevin Ramalingan, jumlah itu telah dibahagikan iaitu 30,750 tiket diperuntukkan bagi kedua-dua pasukan manakala baki 10.500 akan dijual di laman sesawang www.tickethotline.com.my bermula 26 Oktober ini.
Harga tiket bagi penonton dewasa adalah RM50 sekeping manakala untuk kanak-kanak berusia bawah 12 tahun, kadar RM5 dikenakan.
kedah-vs-selangor

“Tiket-tiket perlawanan akan mula dijual secara serentak di Stadium Darul Aman dan Stadium Shah Alam bermula pukul 10 pagi pada 26 Oktober ini,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pengelola final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, hari ini.

Bagi mengelakkan masalah penyokong Kedah akan masuk ke dalam stadium menerusi Kuadron B dan C manakala penyokong Selangor di Kuadron A dan D. Pintu masuk stadium hanya akan dibuka pada pukul 4 petang hari perlawanan tersebut.
Ligakampung.com berharap perlawanan akhir nanti akan menyajikan perlawanan menarik dan diharap tiada kekecohan berlaku. Semoga para pemain dan juga penyokong menitikberatkan erti SUKAN dalam diri masing-masing. Elakkan melakukan provokasi dan jangan melakukan perkara tidak diingini.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)