7 Emas dan 2 rekod dunia dalam satu Hari di Para Asia

Hari yang cukup menggembirakan buat kontijen Para Malaysia apabila emas yang ditunggu tiba. Menariknya apabila rekod dunai dicipta di dalam Kejohanan yang berlangsung di Jakarta ini.
Pelari pecut, Ridzuan Puzi dan atlet lompat jauh, Latif Romly berjaya mencatat rekod dunia yang baru. Ridzuan yang menyertai acara 100 meter dalam kategori T36 berjaya mencatatkan masa 11.87 memadamkan rekod atlet Para Russia Evgenii Shvetcov 11.90s yang dicatatkan 5 tahun lalu di Kejohanan Dunia 2013 di Lyon, Perancis.


Kemenangan ini menyaksikan Malaysia mempertahankan kejuaraan yang sebelum ini dimenangi Azlan Mat Lazim pada Para Asia 2014 di Incheon dimana Ridzuan berada di tempat kedua.
Latif Romly seperti dijangka tidak menghadapi masalah untuk memenangi acara lompat jauh T20 dengan jarak 7.64 meter iaitu lebih 0.04 meter rekod dunia yang dimiliki olehnya.

Sebelum itu pelari 400m (T20) Siti Noor Iasah Ariffin berjaya memecah kebuntuan untuk mendapatkan pingat emas negara dalam Kejohanan Para Asia 2018 ini.Dalam acara lelaki bagi kategori yang sama, Nasharuddin Mohamed mengondol emas dengan catatan 49.32s.
Pelumba basikal dalam acara C5 jalan raya juga memungut emas dan Azlia Syafinaz Nurul Suhada (B) juga memenangi emas.
Pemain bowling Nyat Abu Bakar berjaya dalam kategori TPB9 campuran perseorangan untuk menambahkan koleksi pingat emas untuk Malaysia.

Dalam Kejohanan Para Asia kali ini, kontinjen Malaysia mensasarkan 15 emas dan pastinya akan bertambah lagi kilauan emas selepas ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Archives