Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

6 Perkara yang perlu dilakukan pasukan bolasepak Melaka untuk bersaing di Liga Perdana

Pasukan Melaka telahpun berjaya melangkah ke Liga Perdana 2016 selepas menghadapi cabaran hingga ke perlawanan terakhir peringkat kumpulan. Selepas kekal selama 5 musim di Liga FAM (pasukan negeri paling lama di Liga terbawah), akhirnya skuad bolasepak Sang Kancil berjaya juga keluar dari liga yang bertaraf amatur ini.

liga-perdana
Setelah rasmi akan ke Liga Perdana, banyak perkara perlu dilakukan oleh pasukan Melaka pada musim hadapan. Kenapa cerita pasal Melaka? Kerana kami adalah orang Melaka dan ingin melihat kebangkitan skuad bolasepak negeri kami. Jadi pihak-pihak berkaitan perlu bersedia dari sekarang dengan pelbagai perkara seperti :-

1) Mencari sumber kewangan. Pihak pengurusan perlu mencari penaja dan menguruskan kewangan dengan lebih baik. Mereka perlu tahu bahawa perbelanjaan dalam Liga Perdana adalah berganda berbanding ketika di Liga FAM. Sekarang ni isu gaji masih berlaku. Menurut sumber , pembayaran gaji pemain dilakukan oleh sebuah syarikat anak kerajaan negeri Melaka.
Ia tidak sepatut berlaku, Persatuan Bolasepak Melaka perlu mempunyai pengurusan tersendiri bagi gaji dan sebagainya. Isu kewangan bukan satu perkara yang baru serta menyebabkan ramai pemain tempatan seperti Shukor Adan, Faderin Kadir serta beberapa pemain senior tidak menyarung jersi sang Kancil. Letakkan KPI kepada pihak pengurusan untuk mencari pendapatan. Bukan semata-mata mengharapkan dari FAM ataupun kerajaan negeri sebaliknya perlu mencari sumber lain.
Selain sumber penaja, penjualan baju jersi, cenderahati, jualan tiket perlu dipertingkatkan.

2) Politik dalam persatuan bolasepak. Eloklah kiranya persatuan bolasepak Melaka diterajui oleh mereka yang benar-benar berpengalaman dalam sukan ini. Tidak perlulah para ahli politik campur dalam urusan pengurusan. Cukuplah jika mereka hanya menjalankan tugas mencari penaja dan bertindak sebagai penaung sahaja. Bukan sekali dua cerita pemain-pemain yang dipilih atas sebab kuasa ghaib dan bukan ditangan jurulatih.
Perkara ini perlu dielakkan kalau nak menjadikan pasukan bolasepak Melaka maju.

3) Kekalkan sebahagian pemain yang berpotensi dan tambah beberapa pemain berkualiti termasuk pemain import. Memandangkan Melaka tidak mempunyai kekuatan kewangan, mungkin cukup 2 pemain import berkualiti di posisi serangan dan pertahanan. Selebihnya menggunakan pemain tempatan samada anak jati Melaka atau sebaliknya.

4) Kekalkan jurulatih sediada. Jurulatih Mat Zan Mat Aris berjaya membawa Melaka ke Liga Perdana jadi seeloknya dikekalkan untuk Liga Perdana 2016. Berikan KPI yang realisitik kepada beliau. Untuk menjadi juara Liga Perdana 2016 pasti sesuatu yang sukar. Berikan matlamat agar layak ke Piala Malaysia 2016 sebagai KPI untuk diteruskan kontrak.

5) Bekerjasama dengan Perbadanan Pengurusan Stadium Melaka untuk memperbaiki kualiti stadium samada Hang Jebat ataupun Hang Tuah. Mungkin nak sehebat Stadium Larkin tu tak termampu tapi boleh cuba untuk perbaiki stadium sediada.

6) Bergabung dengan SAMB FC. Diberitakan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB FC) akan bersaing di Liga FAM 2016. Mungkin kerjasama boleh dilakukan oleh kedua-dua pihak. Jika ada pemain SAMB FC yang lebih hebat boleh diambil. Boleh lihat bagaimana pasukan Selangor mengambil pemain dari PKNS FC untuk kepentingan negeri.

Semoga pasukan Melaka mampu bersaing di Liga Perdana dan janganlah pula hanya semusim dan kembali semula ke Liga FAM. Malu pula nanti.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)