Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Saya terbaca satu isu di Malaysiakini yang amat memberi kesan .. Iaitu mengenai isu kemungkinan 50,000 pekerja kontrak kerajaan diberhentikan.
Antara petikan dari Malaysiakini
Kira-kira 50,000 kakitangan awam yang berkhidmat secara kontrak menghadapi kemungkinan besar ditamatkan perkhidmatan akhir tahun ini, kata Presiden Cuepacs, Omar Osman.
Beliau berkata, pihaknya telah maklumkan oleh ramai kakitangan terbabit bahawa kontrak mereka tidak disambung.
Ketika dihubungi Malaysiakini, Omar berkata, penamatan kontrak mereka ditamatkan atas alasan prestasi dan produktiviti pekerja.
Membaca berita tersebut, memang akan memberi kesan kepada ramai kakitangan kerajaan yang bertaraf kontrak.. Bayangkan kalau penamatan kontrak dilakukan sudah pastinya mereka akan kehilangan sumber pencarian rezeki.. Bagi mereka yang bujang mungkin kurang sedikit kesannya tapi bagi yang sudah berumahtangga berita ini amat menakutkan..
Saya agak bernasib baik kerana dapat jawatan tetap namun bagaimana dengan nasib mereka semua..Saya juga ada mengenali kakitangan awam yang telah bekerja lebih dari 15 tahun dan masih berstatus kontrak.. Bayangkan berapa lamanya beliau berkhidmat dengan kerajaan..
Diharapkan berita tersebut hanyalah gosip liar dan ianya tidak berlaku… Wallahualam…
RSS Feed
Twitter



October 24th, 2008
zool
Posted in
Tags: 


Kalau berkerja di pihak swasta perkara ini sidah jadi kebiasaan, setip kali ada restructure ada je yang kena buang.
Reply
harap ianya tak seperti digambarkan. 50K kakitangan bukan sikit. negara bakal menambah rakyat yang menganggur pula.
makin ramai bakal mencari pendapatan melalui internet huhu. dan makin ramai yang akan terdesak dengan hidup mereka.
Reply
ish byknye..
sian gak ek kalo betul jadi..
kalo yg dah berkeluarga, ape anak bini derang nk mkn..
nasib baik, abh sy bekerja sniri..
Reply
ini kes naiyaaa nih…
walaupun aku bukan pekerja kontrak kerajaan aku rasa x patut…
Reply
ehm. susah nak cakap. kalau kerja kontrak. memang cam gitulah risikonya. so, kene ada back up stand by la..
Reply
apabila sudah keluar akhbar, pastikan kerajaan tidak akan membuang pekerja begitu sahaja..
Reply
Untuk pengetahuan semua saya adalah ratusan pekerja sementara 24/94 dibawah kerajaan negeri Sarawak dan jawatan kami akan ditamatakan disember ini. Surat penamatan jawatan telah pun dikeluarkan. Kini kami menghadapi dilema yang sangat membimbangkan terutama bagi yang telah berumahtangga. Mengapa tiada yang memperjuangkan hak kami, nasib kami kini bagaikan dihujung tanduk menjelang hujung tahun
Reply
la…. apalagi cgrita ni… kalau kontrak yang sudah 10-15 tahun berkhidmat dan nak di berhentikan kerja, susahlah bagi yg bujang senanglah tapi yg dah bkeluarga apa kami nak mkn.ceupac cakap kerja kontrak ni tidak dihentikan malahan nak serap ke tetap………inilah yang ok kalau betul2 nak tolong golongan cam kami ni yg berpendapatan rendah,org susah… saya harap tuan omar osman serapkan kami ke kerja tetap kalau leh tahun nilah2009.dah puas khidmat kami ni .kerja saja lebih gaji rendah…………fikir-fikirkan tuan….assalammualaikum.
Reply
zool
Reply:
January 23rd, 2009 at 11:43
arman –> CEUPACS hanya persatuan sahaja.. Yang membuat keputusan bukan mereka.. Pada saya CEUPACS telah berusaha bersungguh2.. Kita harapkan pihak atasan mendengar keluhan hati..
Reply
macam mane nasib pegawai sps plak?
Reply