Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

500 peserta orienteering dunia sertai Kejohanan Orienteering Perak MY-O Asia Cup 2017

IPOH: Seramai 500 peserta dari seluruh dunia dijangka berada di Perak untuk menyertai Kejohanan Orienteering Perak MY-O Asia Cup 2017. Kejohanan yang akan diadakan secara dua peringkat itu akan berlangsung pada 11 hingga 14 Mei di Parit Buntar dan 6 hingga 9 Oktober di Ipoh. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Sharul Zaman Yahya, berkata kejohanan di Parit Buntar lebih banyak disertai atlet Asia, manakala di Ipoh turut disertai jagoan dari Eropah. Katanya kejohanan itu dimasukkan dalam kalendar pelancongan dan sukan sempena Tahun Melawat Perak (TMP) 2017.

malaysia-orienteering

“Sukan orienteering sudah diadakan di Perak sejak tahun 2007 dan kali ini diadakan secara besar-besaran. “Setakat ini, peserta dari Hong Kong dan Taiwan menyatakan keinginan untuk hadir di Bagan Serai,” katanya pada sidang media di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), hari ini. Shahrul Zaman berkata, kejohanan anjuran MEOSC Orienteering Malaysia Club mendapat pengiktirafan Persekutuan Orienteering Antarabangsa (IOF), yang mempertandingkan enam acara iaitu lelaki dan wanita 25 tahun, 39 tahun serta 40 tahun. Hadiah bagi semua kategori ialah RM500, RM400 dan RM300 bagi juara, naib juara dan tempat ketiga.

Katanya, penganjuran kejohanan itu membuktikan komitmen serta minat kerajaan negeri terhadap penganjuran sukan pelancongan bertaraf antarabangsa, bermula dengan hoki Piala Sultan Azlan Shah, Sabtu ini. Sementara itu, Pengarah Kejohanan, Shamsuri Abd Latif, berkata buat pertama kali acara pecut diadakan dalam pertandingan itu. Acara itu untuk berpasukan seramai empat orang iaitu dua lelaki dan dua perempuan serta menawarkan hadiah RM2,000, RM1,600 dan RM1,200 untuk pertama, kedua dan ketiga.

Sumber : http://www.bharian.com.my/node/275828

Okay tahukah anda apa itu sukan Orienteering ni? Secara jujurnya, Ligakampung.com pun tidak mengetahui mengenai sukan ini tapi berdasarkan rujukan didapati bahawa ianya merupakan sukan yang memerlukan kemahiran menggunakan peta dan kompas untuk bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi yang ditetapkan. Peserta akan diberikan peta topographical untuk menuju kea rah yang ditetapkan.Ia bergantung kepada penganjur samada menggunakan kenderaan ataupun hanya menggunakan kaki sahaja.

Ligakampung.com tak dapat nak menjelaskan dengan teliti dan mungkin anda selaku pembaca boleh memberikan penerangan yang lebih tentang sukan ini. Ligakampung.com telah cuba merujuk laman web Malaysia Orienteering namun masih kabur lagi.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)