LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

5 Sukan Untuk Keluarga

Bersukan bukan hanya untuk atlet sahaja. Ia juga penting untuk masyarakat. Ahli keluarga juga penting untuk bersukan bagi memastikan diri sentiasa sihat dan memiliki produktiviti yang tinggi.

Untuk artikel kali ini, ligakampung.com akan berkongsi mengenai beberapa sukan yang sesuai untuk disertai oleh ahli keluarga. Ianya bukan sahaja sesuai dari segi sukan itu sendiri, kos yang diperlukan juga berpatuta.
Antaranya ialah :-

Jogging

– Aktiviti jogging merupakan kaedah sukan dan riadah yang boleh dikatakan paling murah. Anda hanya memerlukan pakaian sukan yang minima. Cukup dengan baju t-shirt, seluar dan kasut yang selesa. Kalau berdasarkan kos biasa, anggaran pakaian t-shirt, seluar sudah cukup dengan RM50. Tak perlu beli yang mahal-mahal, baju t-shirt dan tracksuit pasar malam pun sudah mencukupi.

jogging-family
Gambar hiasan

Dari segi kasut pula seeloknya memakai kasut yang sesuai dengan kaki dan saiz. Kalau anda ingin selalu menggunakannya mungkin elok pakai kasut jogging yang berkualiti tapi tak perlu terlalu mahal. Cukup yang harga dalam lingkungan RM100-RM200 sahaja. Ada juga yang murah, tapi pastikan ianya selesa dipakai. Kasut yang terlalu berat tapaknya boleh menyebabkan kaki sakit. Pastikan juga kasut-kasut untuk anak-anak anda sesuai. Anda boleh menyemak cara untuk memilih kasut yang sesuai disini.
Selain dari jogging untuk riadah, anda boleh juga menyertai acara-acara yang dianjurkan. Bagi acara keluarga, biasanya anda boleh menyertai ‘Fun For Run’ yang biasanya jarak dalam 5km ke bawah. Untuk menyertai biasanya perlukan bayaran yuran penyertaan sekitar RM40-RM50(bergantung kepada penganjur). Kadangkala ada juga pakej ‘keluarga’ yang boleh dapat lebih murah lagi. Biasanya untuk penyertaan, akan ada ‘pingat’ untuk menamatkan acara dan baju ‘t-shirt’.
Pasti ia boleh menjadikan motivasi untuk berlari jika ada ‘reward’ sebegitu.

Badminton

– Badminton juga boleh menjadi sukan riadah untuk keluarga. Sukan ini memerlukan kos yang lebih berbanding jogging kerana mempunyai peralatan tertentu. Kalau anda mempunyai halaman rumah, anda perlu membeli net badminton, tiang (boleh cuba guna kreativiti sendiri), raket badminton, bulu tangkis serta gelanggang yang siap dengan garisan. Kos raket bergantung kepada keperluan. Kalau inginkan yang baik harganya pasti melebihi RM100. Ada raket yang berharga RM50 ke bawah tapi risiko mungkin cepat rosak atau ianya berat yang boleh memberi kesan kepada pergelangan tangan.

badminton
Gambar Hiasan

Bagi bulu tangkis juga bergantung kepada jenama dan kuantitinya. Kebiasaannya, dalam satu permainan memerlukan satu tabung bulu tangkis dimana ada 12 bulu tangkis didalamnya(bergantung kepada pengeluar). Harga boleh mencecah RM100 setiap tabung. Kena pandai cari yang sesuai dengan kemampuan. Jika tiada gelanggang boleh juga menyewa di gelanggang berdekatan. Kebiasannya, harga mengikut jam dalam sekitar RM10 (bergantung kepada penyewa) sejam. Kalau anda bermain dengan keluarga rasanya sejam sudah cukup.
Bermain badminton agak bagus kerana memerlukan pergerakan fizikal yang banyak. Ia juga memberikan keseronokan. Walaupun bermain badminton ada skill tertentu tetapi ia tidaklah terlalu sukar untuk orang biasa bermain.

Sukan Tarik Tali
– Ini adalah sukan keluarga yang paling murah namun agak kurang popular kecuali pada acara sukaneka. Kalau diikutkan ia boleh menjadi sukan keluarga yang dapat mengukuhkan silaturrahim. Kosnya terlalu murah, dimana hanya perlukan tali, pengadil serta lokasi yang sesuai. Peraturan juga perlu diketahui agar tidak tersalah caranya.

sukan-tarik-tali
Gambar Hiasan

Walaupun mungkin untuk menang, ianya memerlukan fizikal peserta yang baik tapi ia boleh menjadi hiburan bagi keluarga. Semangat kekeluargaan boleh dijalin dalam sukan ini.

Sukan Renang
– Sukan renang juga agak murah. Pakaian tidak perlulah nak beli sut macam atlet sukan dunia tu. Cukup dengan pakaian yang bersesuaian dan mampu untuk anda bergerak selesa dalam air. Sekarang ni banyak kolam renang terbuka untuk orang awam. Kos pun ada yang bawah RM10.00. Malahan ada juga kolam renang yang menyediakan perkhidmatan belajar berenang. Ia boleh membantu bagi mereka yang tidak pandai berenang.

Kalau anda sukar untuk pergi ke kolam renang, boleh juga berenang di laut-laut berdekatan.

Young Family Relaxing In Swimming Pool
Gambar Hiasan 

Berenang adalah antara sukan yang memberikan ketenangan dan kekuatan pada anggota fizikal kita. Tak tau berenang? Cuba dapatkan tips berenang . Mungkin ada yang takut berenang berdasarkan kes-kes lemas namun kebanyakan isu terpencil. Malang boleh berlaku dimana-mana sahaja.

Sukan Berbasikal
– Berbasikal bersama keluarga adalah sukan riadah yang bermanfaat. Mungkin sukan ini memerlukan kos yang tinggi berbanding sukan lain diatas. Anda memerlukan basikal yang agak tinggi kosnya. Anda boleh je membeli basikal yang harga RM1,000 ke bawah namun ada kesukaran di lokasi tertentu. Selain itu pakaian sukan berbasikal juga perlu sesuai seperti helmet, seluar, pelapik lutut dan sebagainya. Namun sukan ini mampu memberikan kecergasan yang lebih kepada ahli keluarga. Keseronokan juga terasa namun perlu berhati-hati dan elakkan menunggang di jalanraya atau di taman perumahan.
Elok berbasikal di kawasan taman yang mempunyai laluan khas berbasikal.

family-on-bike
Gambar Hiasan

Okay itu serba sedikit mengenai 5 sukan yang sesuai untuk keluarga. Mungkin anda mempunyai tambahan sukan lain yang sesuai untuk dinikmati oleh keluarga. Boleh kongsikan disini.

Please follow and like us:
error0

6 thoughts on “5 Sukan Untuk Keluarga

  1. Saya aim sukan berbasikal tuan. Cuma anak2 masih kecil so agak susah nak bergerak jauh kalo pilih sukan ini. InshaAllah kalo dapat nanti bleh buat tour kawasan kampung nie.. 😀

  2. Olah raga bersama keluarga, memang moment yang penting untuk sebisa mungkin dilakukan, untuk menjaga keharmonisan keluarga. Thanks for sharing Tuan….

Leave a Reply to ahmad Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)