5 Perkara Yang Menarik Mengenai Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2018

Liga Malaysia telah melabuhkan tirainya selepas perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 yang dimenangi oleh Perak. Pasukan Perak berjaya memenangi perlawanan yang dramatik ini dengan keputusan 4-1 melalui penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 3-3 sehingga tamat perlawanan sebenar.
Untuk kali ini Ligakampung.com ingin berkongsi pendapat tentang 5 perkara menarik yang boleh kita lihat pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2018. Antaranya ialah :-

1) Isu tiket yang masih tidak berkesudahan. Apabila berlangsung perlawanan akhir, terdapat banyak masalah terutama penjualan tiket yang tidak sistematik. Kekurangan tiket dan pastinya ulat tiket masih berleluasa dalam era Professional ini.
cadangan demi cadangan telah dikemukakan tapi masih berlaku sehingga kini. Adakah akan berlaku pada tahun hadapan? Kita tunggu dan lihat.

2) Perlawanan akhir yang paling menarik disaksikan dalam dekad ini. Pertarungan bagi kedua-dua pasukan ini cukup mendebarkan bagi penyokong-penyokong kedua-dua pasukan. Kebiasaannya kalau perlawanan akhir kita akan saksikan gol yang sedikit tapi dalam perlawanan akhir kali ini 6 gol terhasil. Ini menunjukkan bahawa pasukan kelab di Liga Malaysia mempunyai kemampuan yang baik untuk beraksi agressif.
Perlawanan yang cukup agressif sehingga 2 pemain dari kedua-dua pasukan dibuang padang.

| Perak Juara Piala Malaysia 2018 |

3) Isu pengadil dan penjaga garisan yang dipertikaikan. Kalau dilihatkan memang ada beberapa keputusan pengadil yang boleh dipertikaikan. Mungkinkah pada tahun hadapan pengadil luar yang perlu dijemput oleh pihak berkaitan? Mungkin lebih telus sebab tiada kepentingan.

| Mutu Pengadilan Mengecewakan |

4) Terdapat beberapa nama yang berpotensi untuk diserapkan ke dalam skuad kebangsaan. Adakah anda bersetuju? Siapa agaknya pemain yang mungkin boleh berada dalam skuad kebangsaan untuk Kejohanan AFF nanti?

5) Ketinggalan tidak semesti kalah. Perlawanan ini menunjukkan betapa semangat juang pasukan Perak patut dicontohi. Walaupun ketinggalan dan hampir-hampir Piala terlepas dari gengaman namun semangat melawan membuahkan hasil. Ketinggalan 2-1 pada perlawanan masa penuh namun mendapat gol penyamaan pada masa tambahan.
Kemudian hampir sahaja tumpas selepas gol Terengganu pada masa tambahan tapi mendapat gol pada minit akhir seterusnya mendapat kemenangan melalui penalti. Penjaga gol Perak yang melepaskan gol kedua hasil kesilapan berjaya menebus melalui sepakan penalti. Cukup dramatik game ni. Boleh buat satu cerita dalam filem.

Itu serba sedikit 5 perkara menarik dalam Piala Malaysia 2018 kali ini. Anda ada cerita lain untuk dikongsi ke?
Tahniah kepada pasukan Perak yang menang Piala Malaysia 2018 . Tahniah juga kepada penduduk Perak yang berjaya mendapat cuti peristiwa pada hari Isnin ni.

| Menang Piala Malaysia, Perak Cuti Esok |

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Archives