post

5 pemain gantian dalam Liga Malaysia

Persatuan Bola Sepak Malaysia (MFL) selaku penganjur Liga Malaysia 2020 telah bersetuju untuk memberikan kebenaran bagi penukaran sebanyak 5 pemain gantian apabila liga bermula selepas isu Pandemik COVID-19 selesai.
Ia berdasarkan keputusan Lembaga Persatuan Bolasepak Antarabangsa (IFAB) yang bersetuju dengan cadangan FIFA utnuk membenarkan undang-undang sementara bagi menjaga kebajikan para pemain.

Bagi mengelakkan gangguan pada perlawanan, setiap pasukan hanya diberikan tiga peluang untuk melakukan gantian. Gantian boleh juga dilakukan pada separuh masa pertama.
Perlawanan Liga Malaysia 2020 dijangka akan dimulakan semula pada September ini dengan Liga Super serta Liga Premier dan diteruskan dengan Piala Malaysia.

Dalam liga, setiap pasukan akan bermain satu pusingan sahaja manakala Piala Malaysia pada tahun ini akan diadakan secara kalah mati.
MFL juga telah membatalkan Piala FA dan Piala Cabaran. Walaubagaimanapun keputusan untuk meneruskan Liga Malaysia akan ditetapkan oleh kerajaan persekutuan pada bulan hadapan.

Menurut CEO MFL, Datuk Ab Ghani Hassan, undang-undang sementara itu akan dibenarkan selepas Liga M bermula .
Pemain pasti akan mengalami masalah kecergasan selepas rehat panjang dan boleh menyebabkan keceraan.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingan menyatakan bahawa keputusan untuk membenarkan 5 pemain gantian akan diberikan seberapa segera.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.