5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Kalau nak ikutkan, si Zool ada banyak blog yang kerap dilawati dan kebanyakan telah disenaraikan dalam arkib ‘ Blogger Mesti Mari’ . Tapi memandangkan bro Denaihati telah buat satu projek yang dinamakan 5 blog paling kerap dilawati untuk di kumpulkan, maka dengan rasa rendah diri (memang rendah) si Zool memperkenalkan 5 blog yang rajin dilawati (tidak termasuk blog sendiri dan blog adik beradik.. ). Sebelum tu, berikut merupakan kenyataan dari Denaihati

Tujuan projek ini adalah untuk membina NETWORK BLOGGER yang besar yang akhirnya insyallah akan menambah kenalan yang mungkin akan menjadi rakan setia kepada blog anda. Network Blogger ini akan sangat diperlukan pada waktu-waktu tertentu seperti membantu teman blogger menang contest seperti Bantu Blogger jadi No 1.

Berikut merupakan 5 blog yang kerap dilawati.

1. Blog Indobrad - Mula-mula tengok gak samada blog yang dinyatakan adalah blog Malaysia je. Tapi nampaknya tidak maka blog Indobrad menjadi antara blog yang rajin dilawati. Walaupun berbeda (cewah guna berbeda tu …) bahasanya namun masih serumpun (bukan rumput ye) kan.. Lagipun elok diperkembangkan jaringan persahabatan antara blogger dan bukan hanya dalam kelompok sendiri je. Ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan perasaan tidak puas hati antara jiran tetangga. Tak gitu..
2. Miss Lolly – Kalau baca blog awek mata bulat ni mesti tersenyum kambing dengan cerita-ceritanya. Walaupun ayat-ayat sempoi dan gaya millenium tapi memang boleh jadi ketagih nak layan blog beliau. Cuma malang sikit beliau tak rajin update
3. Amanz.my – Blog ni memang banyak informasi. Almaklumlah, tuan blog pun geek. Banyak informasi terkini berkenaan teknologi komputer sampai kadang-kadang si Zool yang ada ijazah dalam bidang komputer pun rasa malu sebab terlalu jauh jurang pengetahuan IT dengan beliau. Dah lama mengikuti blog beliau ni. Selain tu, beliau juga ada buat blog pasal game, bola dan sebagainya. Hebat tu…
4. Beautifulnara.com – Tipulah kalau kata tak pernah layan blog ni kan. Ni blog gossip tersohor di negara sampai tahap-tahap maharaja gossip tu. Ada je cerita yang ditulis sampai berpuluh ribu pembaca datang setiap hari.
5. Paultan.org – Almaklumlah, si Zool terpaksa meneruskan blog kereta , maka blog Paultan menjadi antara rujukan utama. Memang sumber terhebat dalam industri permotoran sampai beliau mampu buat rancangan di tv dan jadi model iklan YES. Hebatkan.

Kalau nak diikutkan memang ada beberapa lagi blog yang kerap dilawati tapi memandangkan hanya 5 yang dibenarkan maka ikut sahaja. Insyaallah yang lain akan dimasukkan dalam arkib ‘blog mesti mari’ dengan review yang lebih mantap lagi..

Selain itu, kawan-kawan blogger Knizam.com , Ailyl , Gadis Terbilang, AdmiralHafiz, NisaMenaip, Rohaizad , En Firus, JoeGrimjow, Menteil , Sadieq boleh membantu memperkembangkan projek ini dengan menulis entri sebegini. Yang tak tersenarai pun boleh buat juga. Tadahal punya..
Untuk keterangan lanjut boleh tengok entri di Denaihati

Sekian, terima kasih.

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :2036
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

14 Responses to “5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011”

  1. menteilNo Gravatar says:

    akan buat selepas habis review nanti.. insya-Allah…

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    bagus2.. silakan buat…. dah habis review mesti masyuk dpt handphone kan?

    Reply

  2. amanNo Gravatar says:

    thanks beb sebab support blog aku. nanti turun melaka, hang belanja aku makan yerk. hehe~

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    boleh belanja tadahal.. tapi bila ko nak turun melaka? takkan nak tunggu aku kawin kot.. huhuhuhu

    Reply

  3. miss lollyNo Gravatar says:

    Tengs zool :0 Blog zool pun lolly suke lawat :)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ye ke suka lawat? bangga jap

    Reply

  4. zulkboNo Gravatar says:

    SALAM..
    tahniah..samalah kita
    sesama join..
    :D

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    yela.. sama2 join ye

    Reply

  5. indobradNo Gravatar says:

    Ahay, saya masuk nomor 1 di sini (dance) (dance). Soal bahasa memang kadang susah kadang mudah. Sometimes I just don’t know what you’re writing about. hehehehe.

    tapi yang penting memang betul: mengembangkan jaringan persahabatan sesama blogger. dan blogger tentu tidak mengenal batas negara, bukan?! :D

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    hehee.. sila shuffle sekali…
    betul tu.. kembangkan jaringan persahabatan antara sesama blogger pasti ada manfaatnya..
    mana tau satu hari mau ke indonesia sudah ada sahabatnya…

    Reply

  6. chiiNo Gravatar says:

    kalo la tade projek yg dianjurkn denaihati..rasanya chii x sampai ke sini lg kot :p

    dlm byk2 tu..chii cuma pernah terjah umah aman je..yg lelain..masih baru

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    takpelah.. dah singgah sini jenguk2 la selalu ye

    Reply

  7. Ni mesti minat betul dengan kereta kan? Sebab tu selalu lawat paultan. :)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    jawapan tak berapa tepat.. sebenarnya bukan minat sgt dengan kereta pung.. tapi sebab ada blog kereta yg sepatutnya ditugaskan utk adik saya tapi beliau tidak dapat meneruskan maka saya terpaksa cuba meminati pasal kereta.. dtg ke paultan untuk cari info2 yg boleh digunakan dalam blog kete,,,,

    Reply

Leave a Reply