LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

40 peratus sahaja rakyat Malaysia bersukan ?

Kita sedia maklum, sukan adalah aktiviti sihat yang penting dalam kehidupan kita. Dengan bersukan kita akan menjadi lebih cergas, cerdas dan dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik.

Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin dalam kenyataannya baru-baru ini, memaklumkan bahawa Rakyat Malaysia tidak mengamalkan budaya sukan dalam kehidupan masing-masing. Menurutnya, hanya 40 peratus sahaja penduduk Malaysia yang mengamalkan gaya hidup sihat dan membudayakan aktiviti fizikal dalam kehidupan seharian.

“Maka tidak hairanlan jika kita lihat kepada negara-negara maju seperti Australia, Jepun, United Kingdom dan lain-lain, mereka mampu berjaya menjadi pemenang pingat yang banyak di Sukan Olimpik kerana rakyatnya membudayakan sukan.

“Bagaimana kita hendak mencari pengganti Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol David, Azizulhasni Awang dan Pandelela Rinong sekiranya rakyat tidak bersukan. Kita tidak tahu bila akan muncul atlet yang setanding mereka yang mempunyai prestasi cemerlang selepas ini,” katanya semasa berucap melancarkan acara marathon HSN21KM di Galeri KBS.

Penganjuran Hari Sukan Negara yang diwujudkan oleh Kementerian Belia dan Sukan adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara bersukan dengan lebih 60 peratus rakyat melibatkan dalam aktiviti kecergasan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

khairy-hari-sukan-negara

Pelbagai program yang diwujudkan Kementerian Belia dan Sukan seperti program FitMalaysia juga merupakan pencetus untuk melibatkan rakyat dalam aktiviti sukan dan kecergasan.

  • BERNAMA

Ligakampung.com amat menggalakkan agar rakyat Malaysia menyertai aktiviti sukan. Sebagai contoh, ada satu artikel sukan untuk keluarga yang boleh anda baca dan pilih. Ligakampung.com juga adalah penaja #teampuncheat , satu komuniti aktiviti jogging. Insha allah sekiranya berkemampuan, ligakampung.com juga ingin menganjurkan pelbagai aktiviti sukan di masa hadapan untuk rakyat Malaysia amnya.

“ SUKAN UNTUK KITA, BERSAMA SIHAT DENGAN SUKAN “

Please follow and like us:
error0

2 thoughts on “40 peratus sahaja rakyat Malaysia bersukan ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)