300 peserta sahut cabaran trek Puncak Janing

SERAMAI 300 peserta dari seluruh Malaysia mengesahkan penyertaan Kejohanan Motor Lasak Endurance Adun Kuala Nerang 2017 yang berlangsung di Pusat Rekreasi Hutan Lipur Puncak Janing, dekat sini esok.

Pengerusi Penganjurnya, Datuk Badrul Hisham Hashim berkata, kejohanan yang memasuki tahun kedua itu turut mendapat penyertaan dari Thailand untuk mencabar diri melalui pengalaman yang ada dengan menyelusuri laluan trek sejauh 6.5 kilometer.

Menurutnya, enam kategori disediakan iaitu Cub Cross Standard Endurance, CKD Cross Endurance, Cub Cross Open Endurance, Novice Endurance, Veteran Endurance dan Open Endurance.

“Peserta yang menyertai acara ini terdiri daripada penunggang amatur dan profesional yang akan mencabar laluan berbukit, meredah sungai dan laluan berlumpur.

Selain itu saya juga menyeru kepada semua pencinta aktiviti sukan untuk datang sama-sama memeriahkan kejohanan keraan turut disediakan pada hari tersebut adalah acara Badang Challenge yang julung kali diadakan dan tiga cabaran perlu ditempuhi iaitu menarik kereta dengan tali, mengolek tayar kereta jentolak dan deadlift tong drum,” katanya.

Tambah Exco Kedah yang juga Adun Kuala Nerang itu, aktiviti sepak raga turut diadakan dan berharap semua peminat sukan itu akan dapat hadir untuk memeriahkan suasana.

Sumber :-Sinar Harian

Admin masa muda-muda dulu teringin juga nak main motor cross ni. Memang lasak dan mencabar tapi apakan daya, modal dan kaki tak cukup tinggi maka berangan je la ..

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

2 thoughts on “300 peserta sahut cabaran trek Puncak Janing

Leave a Reply