3 Kejuaraan Badminton di Kejohanan Cabaran Antarabangsa Malaysia

3 Beregu Badminton Negara berjaya mengondol kejuaraan dalam Kejuaraan Badminton Cabaran Antarabangsa Malaysia 2016.
Dalam kejohanan yang berlangsung di Sabah itu menyaksikan wakil Malaysia mengondol 3 kejuaraan.

Pasangan beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie, Chooi Kah Ming-Low Juan Shen beregu lelaki dan CHow Mei Kuan/Lee Meng Yean beregu wanita berjaya memenangi dalam kategori masing-masing.
Soon Huat yang baharu saja menukar kategori dari perseorangan berjaya mencatat kejayaan sulung selepas menumpaskan pasangan Taiwan, Yang Po-hsuan/Wen Hao Yun dengan keputusan 21-13, 21-17 dalam masa 25 minit.
Kemenangan ini merupakan kejayaan pertama beliau dalam karier selepas BAM menukar posisi beliau dari pemain perseorangan 2 bulan lalu.
Ia juga memberikan motivasi kepada Soon Huat yang tidak pernah memenangi sebarang kejuaraan antarabangsa ketika beraksi sebagai pemain perseorangan.

Bekas pemenang pingat gangsa Kejuaraan Dunia Remaja, Mei Kuan/Meng Yean pula berjaya memenangi kategori beregu wanita selepas berhempas pulas menumbangkan pasangan CHina Jiang Binbin/Tang Pinyang dengan keputusan 21-17, 17-21,21-15 dalam masa 62 minit.
Bagi pasangan Kah Ming/Juan Shen pula kejayaan mereka memenangi beregu lelaki menambah koleksi kemenangan selepas menjuarai Kejohanan Antarabangsa Cabaran Victor di Semarang pada minggu lepas.
Pasangan beregu ini menumbangkan pasangan Taiwan, Lu Ching Yao/ Yang Po-han dengan keputusan 21-9, 21-13 dalam tempoh 30 minit.

Bagi wakil perseorang lelaki R.Satheishtharan dan Ho Yen Mei pula tumpas di perlawanan akhir bagi kategori perseorangan lelaki dan perseorangan wanita.
Ligakampung mengucapkan tahniah kepada mereka yang bakal menjadi para pelapis untuk menerajui kejohanan seperti Grand Prix , Kejohanan All England, Kejohanan Dunia dan Olimpik.
Semoga maju jaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Archives