Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

24 Acara Sukan SEA 2017 disiar secara langsung

 

Menteri  Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin dalam kenyataan menyatakan bahawa 24 acara bakal disiarkan secara langsung sepanjang temasya Sukan SEA 2017 yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur pada Ogos depan.

Menurutnya, terdapat 15 syarikat penyiaran daripada tujuh negara Asia Tenggara (ASEAN) yang akan menyiarkan 24 acara sukan utama secara langsung.

Ujar beliau, Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA 2017 (Masoc) bekerja keras untuk memastikan siaran temasya tersebut dapat disiarkan ke seluruh dunia termasuk siaran langsung atas talian (internet).

“Dijangka sebanyak 24 jenis sukan akan medapat liputan secara langsung dan kita juga akan mengetahui  informasi setiap jenis sukan itu secara menyeluruh,” jelasnya pada mesyuarat bersama syarikat penyiaran sempena Kuala Lumpur 2017 pada Selasa.

| Laman Web Rasmi Sukan SEA 2017 |

Antara 24 jenis sukan yang terlibat adalah acara olahraga, renang, terjun, synchro, polo air, bola sepak, berbasikal (trek), boling, biliard dan snuker, ragbi (tujuh sebelah), angkat berat, gimnastik (dua), luncur ais, ping pong, tinju, muay thai, karate, taekwando, pencak silat, wushu, bola keranjang, badminton, bola jaring, sepak takraw, skuasy, memanah dan hoki.

Dalam pada itu, Khairy turut memberitahu bahawa KL Sport City kini sudah pun siap 80 peratus dan dijangka lengkap sepenuhnya pada Julai ini seperti yang dijadualkan.

“Velodrom Nilai akan dibuka pada April ini. Dan dalam pada itu terdapat pelbagai program yang bakal dianjurkan sebelum Sukan SEA seperti telah berlangsung Larian Baton dengan melibatkan beberapa buah ibu negara seperti Bandar Seri Begawan, Manila. Vientiane dan Yangon (minggu lalu).

“Dan saya akan ke Bangkok minggu ini bagi menyertai Larian Baton dan saya difahamkan Thailand akan menganjurkan acara itu secara besar-besaran  bagi menyokong Sukan SEA ini,” jelasnya.
MStar

Pastinya ia satu berita yang baik untuk para peminat sukan tempatan. Pasti ada peluang untuk menonton siaran langsung walaupun tidak berpeluang untuk berada di lokasi pertandingan. Semoga ia akan meningkatkan lagi imej sukan Malaysia di mata dunia.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)