LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

2019 : Tahun Bersaranya Atlet Juara Malaysia

Nampaknya tahun 2019 meninggalkan detik suram bagi sukan negara. Atlet-atlet lagenda telah meninggalkan sukan kesayangan masing-masing atas sebab tersendiri. Jamal pun rasa sedih melihat atlet-atlet yang menjuarai banyak kejohanan telah tiada dalam acara sukan tersebut.
Dalam artikel ni, Jamal senaraikan beberapa atlet Malaysia yang bersara pada tahun 2019 ini.

1) Datuk Nicol David

  • Lagenda sukan skuasy ini akhirnya meninggalkan perlawanan antarabangsanya dalam sukan skuasy. Beliau yang pernah memengang rekod selaku pemain skuasy professional wanita yang menduduki tangga pertama dunia dalam tempoh yang lama. Terlalu banyak kejuaraan yang dimenangi oleh anak kelahiran Pulau Pinang ini sehinggakan beliau menjadi lagenda bukan sahaja di Malaysia malahan di seluruh dunia.
    Beliau juga telah dikurniakan gelaran Datuk atas pencapaiannya. Mungkin sukar untuk mencari pengganti beliau tetapi jasa beliau akan terus dikenang oleh peminat sukan Malaysia meskipun tak ramai yang pandai bermain sukan skuasy ini dulu. Kalau ikutkan sukan skuasy ini bukan popular di Malaysia tetapi dengan kehadiran Nicol David ia mula menyinar di Malaysia sehingga banyak pusat skuasy di bina di sini.
    Bukan hanya jasa beliau menaikkan nama negara, kejayaan beliau juga mula menjadi inspirasi rakyat untuk menceburi sukan ini.
    [ NIcol David Umum Persaraan ]

2) Datuk Lee Chong Wei

  • Atlet sukan badminton yang mencapai kejayaan menakjubkan. Pemenang 3 pingat perak sukan Olimpik dan 3 pingat perak Kejuaraan Dunia adalah bukti kehebatan beliau. Meskipun tidak merangkul emas dalam kejohanan berprestij itu namun ianya adalah sesuatu yang boleh dibanggakan. Apatah lagi beliau berjaya mengondol banyak kejuaraan di Terbuka Super Series sehingga menjadi pemain terbaik dunia untuk jangkamasa yang lama.
    Namun ianya telah berakhir selepas beliau disahkan mengidap penyakit kanser hidung. Meskipun beliau cuba untuk meneruskan karier selaku pemain badminton professional namun nasihat pakar menyebabkan hasratnya terpaksa dihentikan.

[Lee Chong Wei bakal umum persaraan ]

3) Heidi Gan

Sumber : Facebook Heidi Gan
  • Namanya mungkin tak segah dua lagenda di atas tetapi pemenang pingat emas Sukan 2017 dalam acara renang terbuka 10 kilometer itu mengambil keputusan bersara dari acara renang kompetitif. Ia juga menyebabkan skuad renang bakal terlepas satu emas dari Heidi Gan kerana tiada wakil lain yang mempunyai kemampuan sepertinya.
    Heidi Gan bersara kerana tidak mampu memberikan komitmen penuh pada sukan yang disayangi sejak 25 tahun selepas telah mempunyai karier baharu sebagai peguam di Australia.

Jamal harap meskipun mereka bersara namun jangan lupakan sukan yang disayangi. Cubalah untuk berbakti kepada negara dengan mencurahkan pengalaman dalam sukan tersebut.

Anda tau mana-mana lagi atlet yang bersara pada tahun ni? Boleh kongsikan di ruangan komen.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)