Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

2017 : Apa yang dinantikan dalam Sukan Malaysia

Tahun 2017 telahpun tiba dan sukan tempatan mempunyai banyak cerita. Kalendar 2016 telah ditutup dengan cerita suka dan duka. Tahun yang baru membuka lembaran baru. Pada tahun 2017 pelbagai perkara yang mungkin akan menjadi tumpuan bagi peminat sukan tempatan antaranya ialah :-

Sukan SEA 2017 dan PARA ASEAN

  • Malaysia bakal menjadi tuan rumah sukan Asia Tenggara (SEA) yang menjadi acara dwi-tahunan bagi negara-negara Asia Tenggara. Tahun 2017 menyaksikan Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi edisi ke 29 yang diadakan bermula pada 19-31 Ogos 2017 manakala PARA ASEAN pula berlangsung pada 17-23 September 2017. Ia merupakan kali keenam Malaysia menjadi tuan rumah sukan yang berprestij Asia Tenggara setelah menganjurkannya kali terakhir pada tahun 2011.
  • Sudah pasti para peminat ingin menyaksikan atlet-atlet negara beraksi dengan baik sekaligus memberikan kejuaraan keseluruhan bagi negara. Persediaan yang rapi pasti telah dilakukan oleh setiap atlet untuk mencapai kejayaan.
  • Dengan mascot yang diberikan nama RIMAU, pasti taring para atlet perlu ditunjukkan untuk memenangi sebanyak mungkin pingat. Untuk mengetahui perkembangan mengenai Sukan SEA 2017 sila rujuk laman web http://www.kualalumpur2017.com.my/

Pasukan Bola Sepak Bawah 23 Tahun Malaysia

  • Sudah pasti para peminat ingin menyaksikan barisan pemain bawah 23 tahun negara memenangi pingat emas Sukan SEA 2017. Apatah lagi dengan bermain di gelanggang sendiri, barisan pemain yang dilatih oleh Frank Bernhardt perlu mencapai sasaran tersebut untuk mengulang pencapaian tahun 2011.
  • Walaupun sedikit goyah berdasarkan beberapa keputusan terkini namun barisan kejurulatihan sudah pasti mempunyai pelan perancangan mereka tersendiri bagi mencapai ibu segala pingat dalam Sukan SEA nanti.

Mampukah Lee Chong Wei menjuarai Kejohanan Dunia 2017

  • Pemain badminton paling berjaya dari Malaysia, Datuk Lee Chong Wei telah memenangi pelbagai kejuaraan di peringkat antarabangsa. Namun kejohanan utama seringkali terlepas dari genggaman seperti hanya sekadar menjadi naib juara Sukan Olimpik, Kejohanan Dunia serta Sukan Asia.
  • Dengan umurnya yang meningkat ke 35 pada tahun ini mungkin sandaran untuk memenangi kejohanan utama sedikit sukar. Sasaran yang mungkin terakhir adalah Kejohanan Dunia yang bakal berlangsung pada 21-27 Ogos di Glasgow, Scottland. Selepas hanya sekadar naib juara sebanyak 3 kali dari tahun 2015, pastinya Lee Chong Wei ingin menamatkan karier dengan Kejuaraan Dunia.
  • Walaupun penamat tahun 2016 beliau agak mengecewakan selepas kandas di peringkat kumpulan Kejohanan Siri Super Akhir namun ia bukan penanda kegagalan bagi pemain badminton yang memungut wang tunai ketiga terbanyak pada tahun lepas. Pasti beliau ingin menambahkan lagi koleksi pingat dan wang tunai dalam akaun banknya.

Mampukah Nicol David bangkit

nicol vs raneem
Nicol David dan Raneem
  • Ratu skuash yang menjadi lagenda dalam sukan ini. Berusia 34 tahun dan mengalami kemerosotan karier pada tahun 2016 apabila tidak memenangi sebarang kejohanan antarabangsa. Berjaya menguasai pentas skuash dunia apabila mengondol ranking no 1 dunia selama 108 bulan. Beliau yang telah dinobatkan sebagai antara 20 atlet terbaik dunia telah turun ke ranking ke7 dunia (setakat 1 Januari 2017, sumber : – Worldsquash.org). Pasti beliau ingin melakukan ‘comeback’ terbaik pada tahun ini. Mungkin juga beliau akan bersara dalam tempoh terdekat ini sekiranya prestasi beliau tidak meningkat. Namum ligakampung.com yakin yang Nicol David mampu beraksi dan bersaing dengan pemain muda sekurang-kurangnya untuk 2 tahun lagi. Semoga beliau berjaya.

Skuad hoki buru tempat ke Piala Dunia 2018

  • Pasukan hoki negara mempunyai misi yang besar pada tahun 2017 untuk memburu tiket ke Kejohanan Piala Dunia 2018. Untuk melayakkan diri ke kejohanan yang berprestij itu, pasukan hoki lelaki dan wanita perlu mendapat keputusan sekurang-kurangnya separuh akhir dalam kejohanan Liga Hoki Dunia (HWL).
  • Skuad wanita akan beraksi di tempat sendiri untuk aksi Pusingan Dua HWL bersama-sama Ireland, Itali, Fiji, Kazakhstan, Singapura, Thailand dan Wales bagi mencari tiket s pada 14-22 Januari 2017. Hanya tiga pasukan terbaik akan mendapat peluang bersama enam pasukan daripada dua kejohanan Pusingan Dua yagn diadakan di Sepanyol dan Kanada. Pusingan separuh akhir yang membabitkan 11 pasukan terbaik dunia akan diadakan dalam dua edisi iaitu 21 Jun-2 Julai di Belgium dan 8-23 Julai di Afrika Selatan. Hanya 10 atau 11 pasukan daripada pusingan separuh akhir bersama tuan rumah dan lima juara benua akan layak ke Piala Dunia 2018.
  • Bagi skuad lelaki pula, mereka akan memulakan cabaran Pusingan Dua HWL bersama tuan rumah Trinidah & Tobago, Jepun, Rusia, Barbados, Chile, Switzerland dan Amerika Syarikat bagi misi mencari tiket ke Piala Dunia 2018.
  • Berdasarkan situasi tersebut, kedua-dua pasukan mempunyai kelebihan untuk mara ke peringkat seterusnya. Namun mereka tidak boleh terlalu yakin kerana pasukan lain mungkin ada rahsia tersendiri.

Ini adalah beberapa perkara penting dalam sukan negara dalam 2017. Mungkin ada beberapa perkara lagi yang kami terlepas pandang yang anda boleh kongsikan bersama.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)