Archive for May, 2008
Berkawan di Internet
Written by zool on May 27, 2008 – 3:01 am -Assalamualaikum dan salam untuk semua..
Di harap semuanya dapat menyedut udara nyaman ciptaannya kini..
Agak lama saya tidak berkongsi cerita tentang ’sahabat’ .. Hari ini saya ingin bersama-sama bercerita tentang rakan internet dari perspektif saya.. Memang berkawan secara online dan offline agak berbeza.. Untuk kawan di online anda tidak mengenali mereka dari segi paras rupa ( walaupun diberi gambar) dan sifatnya.. Namun berkawan dalam talian ini kadangkala tidak semudah dijangka.. Sukar untuk mendapatkan rakan yang akan terus bersama kita dalam talian.. Tetapi jangan terkejut kerana ada juga kes-kes di mana terdapat pasangan di ijabkabulkan setelah berkawan di internet… Bersama-sama ini disertakan tips-tips dalam persahabatan di internet :-
1. Sentiasa memulakan perbualan maya dengan salam.. Selain dari ianya dituntut dalam agama sekurang-kurangnya ia menunjukkan kesopanan dan kesusilaan seorang pen’chating ‘ itu.
2. Jika rakan tersebut mempunyai blog, myspace, friendster perlulah sentiasa bertanya khabar di ruangan tersebut.. Tunjukkan keprihatinan anda tetapi awas jangan terlalu prihatin nanti mereka akan menyangka ada ‘udang di sebalik nasi goreng udang’… Huhuhuhu..
3. Jujur.. ianya penting samada persahabatan online atau offline.. Walau bagaimanapun tetap perlu berhati-hati kerana kadangkala dunia online juga ada berlaku penipuan..
4. Walaupun kawan online tidak pernah bersua muka namun bagi meneruskan persahabatan anda boleh mendapatkan nombor h/phone.. Rajin-rajin lah call atau sms.. Mana tau jika anda bermasalah rakan online boleh membantu..
Kenapa perlu berkawan di internet?
Perlukah kita mempunyai kawan di internet?? ” Alah aku ada kawan ramai kat seluruh negara ni.. Buat apa nak kawan dengan orang internet ni.. Bukan boleh caya sangat?” mungkin ada segelintir yang akan berkata seperti berikut.. Sebenarnya pada saya memiliki kawan internet ini banyak faedahnya.. Selain dapat menambah kenalan di tempat-tempat yang mungkin anda tak pernah jejak pengalaman dan pengetahuan tentang sebarang perkara boleh dipelajari.
Saya sendiri berkawan dengan ramai orang yang agak popular di ruang cyber bagi membantu saya untuk membina kejayaan dalam diri.. Bagaimana pula dengan anda?? Adakah anda menggunakan internet untuk membina rangkaian hidup anda atau sekadar untuk surfing??
Tags: rakan, sahabat
Posted in Nakama | 5 Comments »
Kontroversi - Iklan Royal Marines Commando
Written by zool on May 26, 2008 – 12:01 pm -Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Hari ini saya terbaca satu ruangan di forum ( Utusan Malaysia m/s 12, 26 Mei 2008) yang kesal dengan iklan kepunyaan Royal Marines Commando Kerajaan Britain..
Antara petikan :-
” Iklan yang bertujuan menarik minat rakyat Britain untuk menyertai pasukan tersebut telah menggunakan ‘pelakon’ yang menggunakan bahasa Melayu sebagai watak kumpulan pengganas. Dengan berlatarbelakangkan suasana seperti mereka baru sahaja menyelesaikan ‘operasi keganasan’ (…. ), ‘ketua’ kumpulan pengganas tersebut menembak-nembak ke udara sambil menyatakan dengan jelas dalam bahasa Melayu, ” Akulah orang yang paling jahat dalam dunia ini. Mari lawan aku. AKu akan bunuh semua”…
Jadi apa pendapat anda tentang propaganda oleh musuh-musuh yang menggambarkan orang Melayu sebagai pengganas … Siot je ..
Klip tersebut
Link ke video asal
Tags: isu semasa, kontroversi, propaganda Barat
Posted in manusia | 7 Comments »
Hari minggu yang panas
Written by zool on May 25, 2008 – 8:56 am -Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Sebenarnya memang hari ini dalam keadaan panas.. Tak tau nak buat apa.. Selain menonton anime, saya cuba juga untuk mengemas rak-rak buku dan diperhatikan terdapat beberapa buku yang tidak dibaca lagi..
Sebenarnya saya pernah terbaca bahawa buku-buku lama mempunyai pengikut di kalangan pembacanya tersendiri. Jadi setelah berfikir saya rasakan elok untuk buku tersebut di jual.. Yelah dari buku tersebut di bakar rasanya elok saya menjualnya secara online, sekurang-kurangnya dapat gak sedikit duit untuk saya memulakan projek penternakan cacing atau menambal kebocoran pada kereta..
Disebabkan buku tersebut hanya satu naskah saya tidak menggunakan sistem atau pun cuba menjual di laman web lelong.. Sebaliknya saya menggunakan kaedah konvensional .. So kepada sesiapa yang berminat boleh klik di menu buku untuk dijual di bahagian atas..Buat masa ini hanya 3 buku sahaja dijual untuk percubaan.. Insyallah jika ada sambutan saya akan menjual beberapa majalah Mastika dan beberapa produk lain..
Sambil itu nampaknya bandwith ligakampung bagi bulan ini agak meningkat.. Jika sebelum ini bandwith setiap bulan sekitar 1,000-1,200 sahaja tapi setakat ini ( 25.5.08) ianya telah mencecah 1424.31.. Walaupun mungkin angka ini agak kecil berbanding pakar-pakar blogger di luar sana namun yang menjadi sedikit kegusaran pada diri ini ialah jangkaan peningkatan bandwith akan dijangkakan pada bulan hadapan lebih-lebih lagi dengan percubaan saya untuk menerbitkan ebook percubaan pertama saya.. Memandangkan bandwith saya cuma 2600 MB sebulan memang ianya tidak mencukupi jika saya ingin memecahkan temboh 500+ pengunjung sehari ke blog ligakampung.
Huhuhuhu… Masih panas lagi… Badan pun dah melekit je rasa jadi saya menutup dulu post hari ini.. Nak gi mandi dulu…
Tags: jual buku, perniagaan internet
Posted in Blog | 10 Comments »
Simpanan di mana??
Written by zool on May 25, 2008 – 5:45 am -Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Source pic : http://www.mtgfoundation.com
Bagi rakan-rakan yang bekerja selaku kakitangan kerajaan sudah pastinya telah menerima gaji untuk bulan Mei ini.. Dan dengan itu sudah pastinya wang tersebut akan dikawal oleh anda bagi memastikan kadar kepenggunaan wang anda perlu dibahagikan mengikut kaedah yang tepat.
Okay jika sebelum ini rakan saya, CD PEG BELIA pernah memberi tips menabung pada usia muda. Saya juga ingin berkongsi kaedah saya menabung…
Dan tabungan saya adalah melalui handphone.. Mungkin ada yang tertanya macammana agaknya si ZOol menabung melalui handphone ni… Sebenarnya ianya tidaklah sesusah mana namun hasilnya agak berbaloi bagi saya ( orang lain saya tak tau)..
Saya yakin ramai dari kita menggunakan prepaid samada untuk kegunaan h/phone telefon dan sebagainya.. Seperti orang lain saya juga seperti anda malahan untuk lebih memberikan ianya lebih berfungsi saya menjana sedikit pendapatan melaluinya.. Saya rasa ramai dari kita yang pergi ke kedai prepaid dan tokei tersebut tidak memberi anda kad sebaliknya menggunakan handphone beliau untuk ‘topup’ akaun anda.. Saya juga menggunakan kaedah penjualan melalui prepaid bukan setakat untuk mendapat komisen dari penjual sebaliknya membantu saya menyimpan.. Bagaimana tu Zool?? Tak pahamlah..
Jawapannya mudah, melalui perniagaan ini saya akan sentiasa memastikan akaun dalam perniagaan sentiasa ada.. Ini kerana pelanggan prepaid tidak mengira waktu.. Siang dan malam sentiasa saya didatangi sms untuk mentopup.. Dan ini memberikan disiplin untuk saya menyimpan dalam akaun dan tidak membazir membeli perkara-perkara yang tidak diperlukan..Dan ketika mendapat komisen saya akan memindahkan jumlah wang tersebut ke dalam akaun bank saya.. Dan akaun bank tersebut tidak memiliki kad ATM sekaligus memberikan kesukaran kepada saya untuk berbelanja..
Anda ingin mencuba kaedah simpanan ini?? Boleh cuba join perniagaan ini
p/s :- Mungkin ada yang mengatakan ini teknik si Zool je nak ajak pembaca join perniagaan ini.. Ops terpulanglah pada persepsi anda…
Tags: perniagaan prepaid, simpanan
Posted in kehidupan | 5 Comments »
Belajar teknik penternakan cacing
Written by zool on May 24, 2008 – 9:04 am -Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Mesti ramai pembaca semua telah mengetahui tentang penternakan cacing yang kini makin giat dipromosikan di media masa. Hari ini saya melawat satu lagi tempat penternakan cacing di Melaka.. Jika sebelum ini saya telah melawat di Tehel kepunyaan Zaws.Agro kali ini saya ke Paya Rumput pula untuk mendapatkan sedikit ilmu dari Azam Agrotech mengenai persediaan asas yang diperlukan bagi mereka yang ingin menceburi bidang ini.
Nampaknya melalui lawatan saya ke sini nampaknya banyak perkara baru yang dipelajari.. Jika sebelum ini saya hanya menjangkakan bahawa penternakan ini hanya dilaksanakan dalam rak-rak kayu tapi penguasaha memaklumkan bahawa ianya juga boleh dilakukan dalam bekas plastik. Ala bekas plastik nak basuh baju tu pun boleh.. Memang agak terkejut lebih-lebih lagi beliau memaklumkan ada pengusaha kecil-kecilan yang menggunakan laci sebagai medium untuk penternakan.. Selain itu pertanyaan-pertanyaan saya yang lain ialah :-
Read more »
Tags: cacing, Melaka, ternak cacing
Posted in pertanian | 35 Comments »








