Archive for April, 2008
Selamat Tinggal April 2008 dan Selamat Hari Pekerja
Written by zool on April 30, 2008 – 3:00 pm -Assalamualaikum semua…
30 APril 2008
Hari ini nampaknya tiada apa yang menarik.. Hari ini pergi ke beberapa jabatan untuk menyelesaikan masalah tertunggak… Dan hari ini juga terbang duit sebanyak RM222.00 terpaksa menggantikan tayar belakang kereta dan allignment..
Adoi nampaknya adakah bajet bulan ni akan lari?? Harap2 tidaklah hendaknya.. Sambil-sambil tu di waktu malam singgah ke pasar Rabu di Taman Maju, Jasin… Aiyok. ramainya pendatang asing, Indon, Bangla, Nepal, Vietnam.. SUngguh majmuk sekali daerahku ini..
Hajat di hati ke pasar Rabu untuk mencari tanaman sesuai untuk ditanam di rumah tapi agak malang penjual semua dah balik.. Lambat sangat datang…
1 Mei 2008
Hm.. hari ini Hari Pekerja dan sudah pastinya ramai yang bersiap sedia dengan aktiviti masing-masing,.. Mungkin ada juga yang menyambung cuti pada hari Jumaat bagi melarikan diri dari masalah kerja.. Kenapa ye diadakan ‘Hari Pekerja’ ni? Adakah ianya semata-mata cuti ??
Saya sendiri tidak mengetahui apakah motifnya hari pekerja ini.. Mungkin ianya diwujudkan bagi memberikan penghargaan kepada tenaga kerja.. Mungkin hari ini patut dinilai oleh setiap anggota kerja sejauh mana sumbangan kita kepada negara.. Adakah kita telah melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik mungkin??
Entahlah ‘kita pikirlah sendiri’.Jadi saya dengan ini mengucapkan ‘ Selamat Hari Pekerja’.. Kepada yang tak bekerja tu cuba-cubalah mencari kerja.. Sekian..
p/s : Post ini saya tulis untuk 2 hari sekali.. OK lah kot sebab post ini ditulis dalam waktu sempadan hari.. He he he..
Tags: Jasin, pasar malam, selamat hari pekerja, taman maju
Posted in santai | 6 Comments »
Bila Aku Sudah Tiada..
Written by zool on April 28, 2008 – 12:07 pm -Assalamualaikum semua.. Mungkin minggu ni agak banyak artikel yang ditulis oleh saya.. Jadi saya meminta maaf berbanyak-banyak kepada subscriber yang melanggan artikel blog ini samada melalui reader atau emel.. Diharap anda dapat sesuatu dari apa yang saya tulis dan sentiasa setia dengan blog ini..
Ops.. mungkin ada yang pelik sikit.. Adakah Zool ingin mengubah dari blog tentang kehidupan ke blog hiburan.. Almaklumlah tajuk ini berkait rapat dengan sebuah lagu yang popular dari kumpulan Hujan (takde nama lain ker??).. Sebenarnya saya bukanlah peminat kepada kumpulan ini atau berminat dengan nyanyian kumpulan ini.. Tapi ntah kenapa tatkala mendengar lagu yang mempunyai lirik yang agak mendalam sekali.. Mesti penulis lirik mempunyai nilai-nilai emosi yang agak mendalam…
Okay bersama ini disertakan lirik lagu tersebut untuk dihayati..
Silakan teruskan
Read more »
Tags: Hujan, jiwang, lagu
Posted in EMosi, kehidupan | 21 Comments »
Sajak Pertama ‘ Sombongnya manusia itu’
Written by zool on April 27, 2008 – 12:22 pm -Assalamualaikum semua.. Nampaknya hari ini agak bermotivasi untuk menulis .. Almaklumlah kepanasan yang melanda .. Saya sememangnya suka untuk menulis sajak namun kadangkala terlupa nak menonjolkan eksperisi dir. Okay ini sajak pertama saya dalam blog ini.. Mungkin anda boleh beri komen sedikit sebanyak..
Sombongnya manusia itu…
Apabila telah menjadi kaya, lupa pada asal usul..
Hilang segala perasaan simpati..
Hati dipenuhi dengan material-material..
Tidak peduli dengan agama,
yang penting duit penuh dipoket…Sombongnya manusia itu
Tatkala pangkat makin tinggi ..
Berjalan mendongak ke langit…
Menghina orang sesuka hati…
Tanpa disedari yang dibawah lebih berbakti..Sombongnya manusia itu..
Dianugerahkan tuhan fizikal yang cantik..
Menghina mereka yang hodoh..
Dan bermegah-megah dengan kecantikan..
Sedangkan hati busuk sekali…Sombongnya manusia itu…
Memiliki segulung ijazah hebat sekali…
Di rasakan diri bijak sekali..
Semua dianggap kurang bijak..
Dirinya sahaja amat mengetahui ..
Sedangkan ilmunya hanya sekecil nasi…Sombongnya manusia itu..
Bermegah dengan anugerah..
Kejayaan dicanang sana sini…
Sedangkan jasa hanya sekali..Oh tuhan..
Semoga kesombongan ini tidak melekat pada hatiku..
Aku takut ku kan jadi seperti mereka..Kawan-kawan…
Andai ku tewas dengan bisikan syaitan..
Kau sedarkanlah aku..
p/s :- Ini percubaan pertama menulis sajak.. Memang banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki.. Diharap dapat komen dari kawan-kawan..
Tags: sajak
Posted in EMosi | 11 Comments »
Main-main pada janji
Written by zool on April 27, 2008 – 10:48 am -Assalamualaikum semua.. Saya menulis ini pada hari Ahad yang agak panas sambil tidak berbaju… Ops tapi menutup aurat ye dengan memakai kain pelikat.. He he he.. Memang panas dua tiga menjak ni.. ALmaklumlah keadaan dunia yang makin berubah..Tahap kepanasan makin bertambah walaupun hujan lebat baru-baru ini..
Sebelum meneruskan pembacaan cuba anda lihat kartun di bawah..
Sumber kartun:- http://abgjas.blogspot.com
Adakah anda pernah mengalami situasi berikut?? Tidak kira samada anda menunggu atau ditunggu… Saya selalu mengalami keadaan menunggu seperti dalam kartun tersebut.. Memang angin kalau menunggu seseorang.. Lebih-lebih lagi kalau orang yang ditunggu boleh selamba derk je.. Saya rasa ayat ‘on the way’ selalu menjadi perkataan mudah bagi seseorang itu..
Sebenarnya tidak menepati masa memang sesuatu yang amat tidak disukai dalam agama.. Sepatutnya kita perlu menjaga perasaan seseorang.. Jika berjanji ingin datang mesti tepat pada masa. Kalau lambatpun mungkin dalam 10 minit masih boleh diterima tapi kalau 1 jam pun masih tak sampai-sampai tu camne ye?? Dah tu kadang-kadang tak rasa bersalah pun datang lambat…
Kadangkala masalah ini bukan setakat berlaku pada temujanji biasa , malahan majlis-majlis besar pun tetamu VIP boleh datang lewat 2-3 jam dari jadual tanpa rasa bersalah.. Jadi siapa nak disalahkan kalau majlis tersebut kurang orang..
Semoga kita semua dapat mengelakkan diri dari bermain-main pada janji kerana ianya mengambil masa orang lain dan ingatlah ‘masa itu berharga, tidak boleh dibandingkan dengan emas sekalipun.. Sesaat terlepas tidak mungkin boleh berpatah balik’.. Sekian.
Tags: janji, janji manis, menunggu, munafik
Posted in kehidupan, manusia | 4 Comments »
Duit boleh beli segalanya..
Written by zool on April 27, 2008 – 2:43 am -Assalamualaikum semua..
Hari ni cuti sambil berehat-rehat sedikit selepas penat malam tadi ada sedikit kenduri… Masih terasa keletihan. Nampaknya hari ni tak dapatlah nak mencangkul kat rumah.. ( alasan malas tu.. jangan diikut)..
Hm… rasanya ungkapan ni pasti ramai dari kita yang sering terbaca, terdengar dan terlihat di mana-mana.
Source pic : mircscripts.org
” Duit boleh beli segalanya “
Apa pandangan anda tentang ungkapan ini?? Sudah semesti ada pro dan kontra dari anda semua… Memang duit boleh beli macam-macam .. Tetapi bolehkah duit membeli sesuatu yang bersifat kerohanian?? Sebagai contoh mampukah duit yang bertimbun memberikan ‘kebahagiaan’ kepada sesuatu institusi kekeluargaan.. Memang dalam zaman yang penuh dengan material duit menjadi perkara no 1.. Malahan disebabkan oleh duit ramai dari kita sering terlupa padaNya. Dan ramai dari kita sanggup melakukan perkara yang dilarang semata-mata untuk duit.. Rasuah, pecah amanah, penipuan dan sebagainya adalah disebabkan taksub kepada duit.. Malahan ramai yang terpedaya dengan skim cepat kaya akibat dari ketamakan dan ingin kaya cepat.. Namun lebih ramai yang tersungkur dan hilang punca.. Malahan kawan pun hilang bila tiada duit.. Inilah lumrah dunia.. Akibat kerakusan manusia terhadap dunia sedikit demi sedikit bala masalah jenayah berlaku.. Bayangkan jika dahulu pencuri-pencuri dan perompak biasanya terdiri dari orang yang berumur 20 tahun ke atas kini remaja-remaja sekolah rendah sendiri mempunyai geng-geng perompak mereka sendiri..
Pada pendapat saya, duit adalah keperluan dan perlu dimanfaat di jalan sebaiknya.. Tidak perlu terlalu taksub pada kebendaan.. Cukup untuk keperluan harian , menabung dan untuk membantu mereka yang susah… Ketamakan semata-mata untuk berumah besar, kereta besar, berpakaian mewah akan hanya merosakkan diri… Semoga saya tidak terpengaruh dengan ajakan ’syaitan’… Insyallah..
Tags: duit, materialistik
Posted in kehidupan | 8 Comments »










