Archive for March, 2008
Cinta itu buta
Written by zool on March 22, 2008 – 2:21 pm -Assalamualaikum semua..
Pertama sekali agak sedih.. Seekor kucing telah mati dilanggar.. Tak pasti siapa yang melanggar… Huhuhuhu..
Hari ni saya cuma nak menulis topik yang agak santai.. Dan mungkin juga topik ini agak basi bagi sesetengah dari anda…
Secara amnya saya bukan lah seorang yang bijak dalam membicarakan tentang cinta… Dan memang agak lemah dalam aspek ini tetapi timbul idea untuk menulis mengenai topik di atas setelah mendapat pertanyaan dari seorang rakan…
” Benarkah cinta itu buta? ” lebih kurang inilah ayat yang ditanyakan dalam ym saya.. Dan jawapan saya mudah sekali ‘no komen’.. Tetapi setelah tiada idea akhirnya saya cuba juga untuk memberikan pandangan saya mengenai ayat ‘cinta itu buta’..
Mengikut pandangan saya kadang-kadang ungkapan tersebut ada benarnya.. Berdasarkan pengamatan dan pengalaman saya menghuni alam maya ini hampir 30 tahun terdapat beberapa situasi yang boleh membuktikan ‘cinta itu buta’… Situasi adalah seperti berikut :-
1. Cinta itu buta tatkala kedua-dua pasangan atau salah seorang dari mereka tiada penglihatan atau dalam bahasa mudahnya buta.. Jadi sudah pastilah sukar untuk mengambarkan paras fizikal pasangan tersebut.. Namun yang menariknya kadang kala pasangan ini memiliki cinta yang lebih kukuh berbanding manusia normal.
2. Individu yang cantik tetapi pasangan hodoh.. Kalau hodoh paras rupa masih ok tapi hodoh dari segi perangai, sikap dan sebagainya… Malahan ada yang sanggup berkorban untuk pasangan yang terang-terang tidak akan menjadi pasangan yang mampu membimbing mereka.. Jadi mungkin mata individu tersebut telah dibutakan.. Macammana?? Wallahualam
3. Pasangan yang hanya mengharapkan harta semata-mata.. Terdapat beberapa kes di mana gadis yang muda berkahwin dengan lelaki yang telah layak untuk digelar datuk( bukan datuk pangkat) .. Dan ada antara mereka yang memikirkan harta yang dapat melalui perkahwinan tersebut.. Rasanya yang ini semua orang tau.. Mata mereka dibutakan oleh duit dan harta…
4. Situasi ini lagi teruk.. Individu berpasangan dengan pasangan yang berjantina sama??? Kenapa ?? Apakah yang telah menyebabkan mata mereka buta?? Adakah tidak cukup lelaki/wanita di muka bumi ini?? Hanya mereka-mereka yang boleh menjawabnya..
5. Yang terakhir sering kita lupa.. Kita sering lupa untuk menyintaiNya.. Kita sering menyanyangi antara satu sama lain tapi kadangkala kita terlupa menyintai Pencipta kita.. Mungkin kita telah dibutakan dengan cinta-cinta yang lain??
Okay saya rasa cukuplah setakat ini.. Mungkin ada yang boleh dipakai dan tidak boleh dipakai dalam tulisan ini.. Adakah anda rasa cinta itu buta??? Komenlah kalau berani…
Tags: cinta
Posted in santai | 6 Comments »
Cuti Maulidur Rasul
Written by zool on March 20, 2008 – 3:09 pm -Assalamualaikum.. Semoga anda semua sihat sejahtera …
Hari ini merupakan hari cuti umum bagi negeri Melaka bagi meraikan hari kelahiran junjungan kita Nabi Muhammad.. Hari yang kita mungkin terlupa berbanding dengan hari-hari lain.. Semoga Maulidur Rasul bukan setakat hanya perarakan yang dilakukan di seluruh negara..
Ketika perarakan dilakukan di masjid Al Azim, Melaka saya dan rakan-rakan terpaksa membuat kempen jualan rumah di perhentian bas Jasin…
Nampaknya respon pengunjung agak kurang almaklumlah pada hari cuti umum ni jarang orang mengunjungi kawasan .. Walau bagaimanapun segala usaha telah dilakukan untuk menjual rumah kos rendah Taman Seri Chinchin, Jasin..
Mungkin terdapat beberapa kekangan yang menyebabkan agak sukar untuk menjual rumah tersebut.. Walaubagaimanapun kepada yang berminat boleh menghubungi pejabat Lembaga Perumahan Melaka ( 06-2307545 ) untuk keterangan lanjut..
Ops cukup dengan promosi jualan rumah.. Nampaknya hari cuti ini selain melakukan kempen tersebut, mengupdate blog, download anime, baca blog . Nampaknya masih ramai yang bercerita tentang barisan kabinet dan sebol telah membuat draf kabinet berdasarkan pemerhatian beliau ,..
He he he.. Menarik gak idea beliau yang sudah pastinya akan menambahkan kepopulariti blog tak berdaftar yang perlu dipantau.. Dan terdapat beratus-ratus lagi blog yang masih bercerita tentang suasana politik.. Dan mungkin ianya akan berlarutan juga dalam tempoh yang agak panjang..
Walaubagaimanpun tahniah kerana dengan wujudnya blog didapati ramai orang-orang kenamaan telah menulis di blog masing-masing..
p/s :- Sekarang ni malam-malam sering hujan…. Mungkin ianya juga menyebabkan nukilan si Zool agak kurang mantap…. Sejuk wooo….
Tags: Blog, maulidur rasul, rumah
Posted in Blog, kehidupan, rumah | 5 Comments »
Barisan Kabinet Baru
Written by zool on March 18, 2008 – 2:40 pm -Assalamualaikum.. Nampaknya hari ini Perdana Menteri telah melantik Menteri-menteri kabinet.. Nampaknya kekurangan tokoh-tokoh yang menang ketika pilihanraya telah mengehadkan senarai nama di mana tiada lagi jawatan Setiausaha Parlimen..

Dan terdapat beberapa muka-muka baru yang kini akan mewakili portfolio kementerian masing-masing.. Sudah pasti Parlimen kali ini akan menjadi lebih gamat lebih-lebih lagi dengan pertambahan kerusi pembangkang di Parlimen..
Pihak Menteri dan Timbalan Menteri perlu lebih teliti dan seterusnya mengurangkan kadar pemontengan di Parlimen kerana sudah pastinya usul-usul yang dikemukakan akan lebih diteliti oleh pembangkang.. Tak sabar rasanya nak tengok Parlimen Hari Ini..
Untuk mengetahui barisan kabinet sila teruskan…. Read more »
Posted in kehidupan | 9 Comments »
Gol EPL (15 Mac)
Written by BD on March 16, 2008 – 7:45 pm -Lama dh x update gol2 kat sini…
Papehal pun, check it out..
Arsenal vs Boro (1-1)
Derby vs Man U (0-1)
Chelsea vs Sunderland (1-0)
Liverpool vs Reading (2-1)
Tables:
1. Man U 67pts
2. Arsenal 67pts
3. Chelsea 64pts
4. Liverpool 59pts
5. Everton 56pts
Posted in Uncategorized | 7 Comments »
Menulis di Hari Minggu
Written by zool on March 16, 2008 – 1:04 pm -Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Hari ni saya ingin membuat sedikit review tentang sedikit sebanyak perkara yang berlaku dalam minggu ini..Saya mulakan dengan cabaran memandang ibu jari kaki , nampaknya progress cabaran ini tidak berjalan dengan lancar..
Mungkin disebabkan oleh tekanan yang menyebabkan kesukaran untuk memberi tumpuan pada cabaran ini.. Dan berat badan saya masih kekal 65 kg iaitu lebih 10 kg dari berat badan ideal yang diberitau oleh petugas kesihatan.. Walaupun bukanlah berbadan besar tapi ketidakseimbangan berat ini sedikit sebanyak telah meningkatkan kadar tekanan darah..
Risau kena darah tinggi…
Okay bercerita tentang review pada hujung minggu seperti biasa saya lebih banyak melepakkan diri di depan PC membaca ( blog,manga, website), menulis blog , bisnes prepaid,chating, tgk tv, makan, tido.. Huhuhuhuhuhu.. Memang agak membosankan hari minggu si ZOol ni tapi itulah aktiviti yang lebih menyeronokkan berbanding hari kerja.. : (
Berikut merupakan beberapa perkara yang ingin direview..
Read more »
Tags: Kad Debit
Posted in Blog, kehidupan, kesihatan | 1 Comment »










