Blog Download Area
Powered by MaxBlogPress  




Bisnes prepaid hangat masakini





8 Perkara Menarik Mengenai Zool

Written by zool on February 16, 2008 – 1:55 am -

Assalamualaikum..
Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa si Zool membuat topik ini sedangkan beliau bukanlah seorang yang terkenal.. Malahan tiada sesiapa pun nak tau tentang dirinya tetapi disebabkan telah ditag oleh afzai..
Walaubagaimanapun saya akan cuba juga untuk menulis 8 perkara mengenai saya.. Mungkin tak berapa menarik tapi tetap dikupas untuk bacaan anda semua…
1. Baru mengetahui kononnya pernah digelar lelaki misteri semasa menuntut di ITM Jengka (kini UiTM )… Samada ianaya mitos atau benar hanya mereka-mereka sahaja yang mengetahuinya…
2. Mempunyai kadar minat yang agak tinggi sesuatu perkara a.k.a Obses.. Tak paham?? Jika minat sesuatu akan cuba untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang sesuatu… Kerana itulah saya menghasilkan blog lain mengenai manga.. Minat pasukan bolasepak Arsenal walaupun sebenarnya tak pandai main pun ( untuk makluman Afzai).. Huhuhuhu
3. Agak perahsia . Sukar untuk memberitahu atau meluahkan sesuatu kepada orang sekeliling.. Tetapi kadang-kadang melepaskannya pada member-member cyber yang sudi membaca luahan perasaan..
4. Sedikit sensitif.. Jika anda perhatikan sekali sekala akan timbul post-post yang berkaitan dengan emosi. Itu menunjukkan bahawa ada perkara berlaku disekeliling..
5. Sukar untuk rapat dengan sesiapa.. Secara amnya saya memang sukar untuk merapati dengan individu di sekeliling. Mungkin agak terikut dengan slogan Stone Cold ‘ DOnt Tust Anyone ‘.Mungkin sebab selalu dikelentong dan pergunakan oleh kawan-kawan.
6. Pernah menganggur hampir 2 tahun sebelum berjaya mendapat kerja dan menaik satu tangga hingga kini.. Harap2 dapat menaiki tangga seterusnya…
7.  Simple.. Tidak pandai bergaya..
8. Dah tak tau nak tulis apa.. OO ye..  Masih bujang.. Ha ha ha ha.

Jadi ini sahaja 8 perkara yang mampu saya tulis pada post ini.. Kalau anda tau ada perkara menarik mengenai saya boleh komen.. Untuk menilai diri dan seterusnya memperbaiki mana yang negatif..

Ok, bagi memenuhi syarat tag ini, saya terpaksa mengetag 8 lagi blogger lain
Minta maaflah jika terasa beban di tag ini.. Tiada paksaan dan terpulang kepada empunya diri samada nak meneruskan atau tidak..
i. Syia — Pelajar MMU yang baru-baru ni menjadi pengunjung yang rajin singgah blog ni..
ii. Azhar Ahmad — TOp komentar bulan Januari yang mempunyai penulisan cerita yang hebat di blog beliau
iii.ZUera — Seorang pensyarah muda yang berkaliber…
iv. Kak Tom — Pengalaman hidupnya menjadi tulisan di blog yang menjadi panduan saya dan kawan-kawan/
v. Ramz — Raja Blog yang bercita-cita dalam karier internet..
vi. Dikmal — Penulis Blog yang bermotivasi tinggi ..
ix. Noorizam shah — Pakar Pelelong Semalaysia
x. Hasbullah — Blog orang senegeri yang semestinya mempunyai citarasa tersendiri


Tags:
Posted in Blog, kehidupan | 25 Comments »

Parlimen bubar, pilihanraya makin hampir

Written by zool on February 13, 2008 – 2:48 pm -

Nampaknya dengan rasminya Parlimen telah pun bubar pada 13 Februari 2008( rujuk petikan Utusan )
Sudah pastinya ramai yang melibatkan diri dengan parti-parti politik sibuk untuk membantu dan menempel dalam parti-parti untuk menunjukkan sumbangan kepada parti.. Sebagai seorang kakitangan kerajaan negeri sudah pastinya tempias bahang pilihanraya akan dirasai dalam bulan ini..
Kesibukan pasti terasa dalam bulan ini sambil menyaksikan samada YB baru atau lama akan kekal menjadi wakil rakyat kawasan.. Semestinya selepas ini akan adanya wakil rakyat baru memandangkan terdapat wakil rakyat di negeri Melaka yang agak berusia dan mungkin perlu berehat dalam arena politik ini..
Dan nampaknya dalam kesibukan pilihanraya yang bakal menjelang sudah pastinya ada insan-insan yang akan mengambil kesempatan untuk mendapat keuntungan dari demam pilihanraya ini.. Syarikat pencetak sudah pasti tersenyum lebar kerana sudah pastinya akan mendapat keuntungan melalui poster-poster yang akan ditempah oleh parti-parti politik..

Tidak kurang juga warung-warung kopi akan bersidang untuk membicarakan tentang calon-calon yang bakal bertanding. Mereka akan menjadi penganalisis politik yang cukup hebat.. Spekulasi akan berlaku di sana sini yang tidak diketahui kesahihannya.. Malahan ada juga insan yang cukup bijak berkata-kata pasal politik.. Mengutuk sana mengutuk sini tapi malang tidak mendaftar mengundi..
Jadi bagi anda yang telah layak, bersedia lah dan mengundilah kerana ianya tanggungjawab anda semua… Ops macam wakil SPR pula si Zool ni..
ADIOS..


Tags:
Posted in kehidupan | 12 Comments »

Latest Gol EPL…

Written by BD on February 12, 2008 – 3:59 am -

Nampaknya hujung minggu lepas pasti antara minggu yang gembira bagi penyokong Arsenal.. Dengan Manchester United tewas dan Chelsea seri, Arsenal pula melebarkan penguasaan dengan kemenangan di Emirates..

Arsenal vs Blackburn (2-0)

1-0 Senderos

2-0 Adebayor


Posted in bolasepak | 4 Comments »

Datuk Bandar MBMB berpindah

Written by zool on February 11, 2008 – 3:07 pm -

Assalamualaikum semua.. Semoga anda sentiasa dalam keadaan sihat walafiat hendaknya..
Jika sebelum ini saya berasa bengang di kelentong oleh seorang kawan namun hari ni saya telah sedikit memahami situasi tersebut. Dan nampaknya BD juga telah mula membantu dalam menulis kembali klip-klip bolasepak terkini.. Nampaknya pemasangan ASTRO oleh abang saya mungkin akan membantu dalam mencari idea-idea terbaru dalam blog ini.

Nampaknya hari ini saya ingin ubah sedikit topik.. Dari topik berkisar emosi, pengalaman, bolasepak, saya cuba untuk menulis sedikit sebanyak tentang isu yang berada dalam lingkungan kawasan saya iaitu di negeri Melaka..

Mungkin ada yang tidak mengenali dengan bekas Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Datuk Zaini bin Mohd Noor seorang pemimpin yang berkaliber dari Melaka.. Keupayaan beliau mengubah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah menjadi sebuah PBT yang disegani memang mengkagumkan.. Dalam tempoh kurang dari 5 tahun beliau mengubah status PBT kepada PBT no 1 di Malaysia.. Sudah semestinya perpindahan beliau ke Perbadanan Sisa Pepejal di Kuala Lumpur akan memberi sedikit perubahan kepada MBMB.. Namun seperti kata pepatah, ‘ patah tumbuh hilang berganti ‘ . Sudah pastinya pengganti beliau bukan calang-calang orangnya.. En Yusof bin Jantan, bekas pengurus besar Yayasan Melaka secara rasminya telah dilantik pada 11 Februari 2008 .. Upacara angkat sumpah yang diadakan di Dewan Seri Negeri telah berjalan dengan lancarnya.. Walaupun mungkin berbeza gaya namun sudah semestinya Datuk Bandar yang baru akan meneruskan kesinambungan untuk memastikan MBMB terus kukuh sebagai Bandaraya terbaik di negara.. Semoga beliau dapat melaksanakan tugas dengan baik..

p/s :  Camne agaknya artikel saya hari ini??  Harap-harap tidak membosankan.. Almaklumlah ianya lebih berkisar tentang kisah negeri saya..


Tags: , ,
Posted in Negeri Melaka | 5 Comments »

Result EPL (10/2)

Written by BD on February 11, 2008 – 5:00 am -

Beberapa perlawanan melibatkan team big four berlangsung semalam dan kejutan sudah tentunya berlaku di Old Trafford.. Mari lihat keputusan semalam

Manchester United vs Manchester City (1-2)

0-1 Vassell

0-2 Benjani

1-2 Carrick

Chelsea vs Liverpool (0-0)


Tags: ,
Posted in bolasepak | 3 Comments »
RSS