Belajar Bina Blog Dengan Wordpress
Powered by MaxBlogPress  




Bisnes prepaid hangat masakini





Hutang PTPTN

Written by zool on July 31, 2007 – 2:33 am -

Ntah kenapa rasa-rasanya dalam bulan nie banyak blog yang memaparkan pasal hutang..
Teringat pula hutang PTPTN yang masih di angka belas ribu.. Fuh.. terpaksa cari idea untuk mempercepatkan pembayaran hutang nie…
Adakah anda mempunyai hutang di PTPTN ?? Berapa lama  target untuk anda menghabiskannya? Bagi saya, saya berkira-kira untuk habiskan hutang ini dalam jangka waktu kurang dari 10 tahun…  Ini bagi memberikan sedikit keselesaan dan ketenangan dalam hidup.. Ye lah kalau hutang rm10 pun selalu teringat inikan pula rm15k… puh bilelah nak abis kean.. Tengah menyelongkar website ptptn, ternampak link ini  . Link mengenai khutbah Jumaat ‘kewajiban membayar hutang ‘ yang disiarkan di masjid-masjid negeri Selangor..
Abd Fatah juga pernah membicarakan tentang hutang diartikel beliau. Tapi ianya mengenai bagaimana luahan hati dan tekad beliau  untuk menyelesaikan hutang-hutang yang mungkin bersarang di mindanya..
Saya sendiri sentiasa mengingatkan diri bahawa hutang PTPTN perlu dibayar untuk kegunaan generasi akan datang.. Cubalah bayar dan kurangkan perbelanjaan yang tidak penting kerana hutang akan dibawa ke mati…

IKlan
 Diariadsense sedang melancarkan komen Berbayar… Cukup menarik tawaran dari naem. Untuk keterangan lanjut sila ke http://diariadsense.com/index.php/2007/07/31/komen-ber-bayar-bonanza-merdeka.html..


Posted in santai | 9 Comments »

Di tag

Written by zool on July 30, 2007 – 1:06 pm -

Sebenarnya saya baru ditag oleh salah seorang rakan blog saya. So untuk menambahkan lagi bilangan blog-blog yang akan ditagkan.. so saya pun sama-samalah join.
Harap-harap tak menganggu orang yang ditag nanti…
Berikut merupakan syarat-syarat yang dikenakan untuk mengetag.

Senaraikan 6 perkara pelik atau lain dari yang lain berkenaan diri pemilik blog. Perkara pelik ?? Apa ye??
* Sebenarnya saya ni tak pelik langsung tapi cuba jugalah..

1) Minat ngan katun Manga.. tiap-tiap hari Sabtu mesti online semata-mata nak baca chapter baru Naruto, One piece, Eyeshield 21.. Selain tu tiap-tiap hari mesti baca Ranma 1/2.. ntahapantah…
2) Lebih senang beritahu hal peribadi dengan member internet.
3) Selalu berangan..
4) Selalu makan tengahari sorang-sorang tak ajak member pun..
5) Gile tinggalkan komen kat blog
6) Sukar difahami… Misterilah kononnya,,,

Senaraikan 6 blog yang bakal di Tag oleh ahe..
1) Blog ktom - sudah semestinya blog pertama yang akan saya singgah setiap hari..
2) Blog AbdFatah - Antara blog yang rajin saya singgah.
3) Blog Sikumb@ng - blog dari member yang menyokong http://ligakampung.blogspot.com
4) Blog DJ KOnti- blog DJ radio Best 104 ( radio Johor)
5) Blog Shueqry - dulu rajin pegi lawat blog shueqry tapi sekarang dah jarang singgah .. almaklumlah internet opis block blogspot.com
6) Blog Shadilla  - blog ni pun dah jarang lawat ..

Kemudian pergi ke blog yang di Tag oleh aku dan bagi komen Anda telah di Tag.

Rasa-rasanya itulah sahaja untuk post kali ini.. Jangan marah ye kepada blogger yang ditag nie… Semoga persahabatan antara blogger terjalin. .. Harap-harap lepas nie ada lagi yang sudi mengetag blog merapu nie… AMIN


Posted in santai | 5 Comments »

Kempen Jualan Rumah

Written by zool on July 29, 2007 – 4:04 am -

Assalamualaikum.
Semoga sihat-sihat belaka ye..
Hari ni Ahad, Kepala saya yang berdenyut-denyut telah mula sedikit sebanyak beransur baik.. takut gak ..
Okaylah semalam kena kerja.. Menjalankan promosi jualan rumah kos rendah di Merlimau, Jasin, Melaka ( kalau ada sesiapa berminat boleh emel saya) sempena hari DUN Merlimau..
Letih je rasa sebab tak ramai yang datang..
Sambil-sambil tu saya sempat singgah di bahagian kesihatan..
Saya telah memeriksa 3 perkata utama iaitu mendapati tekanan darah 140/80 , BMI : 25 , kandungan gula = 6.8 ..
Angka diatas mendapati tekanan darah saya dalam paras berjaga-jaga… Untuk mengetahui lebih lanjut anda boleh menyemak di web http://myhealthyheart.com.my..
Apa itu BMI?? BMI dalam English iaitu Body Mass Index iaitu Indek Tubuh Badan yang ada cara pengiraan tersendiri… Tahukah anda cara untuk mengira BMI ? Anda boleh mengiranya dengan menggunakan calculator di web ini http://www.nutriweb.org.my/
Dari segi gula pula nampaknya risiko saya juga agak tinggi kerana angka merbahaya ialah melebihi 8. so saya kena kurangkan gula dalam pemakanan..
Bagaimana dengan keputusan anda semua? Selalukah anda memeriksa keadaan kesihatan anda?Kita boleh berkongsi dan berbincang bersama-sama..
Seperti biasa saya kongsikan gambar ketika bekerja sempena hari DUN Merlimau.. Klik gambar untuk diperbesarkan..

Okay cerita kembali pada tugasan. Pada hari tersebut saya bersama 4 orang kakitangan lagi ditugaskan untuk melakukan penjualan rumah kos rendah Kerajaan Negeri.. Pameran tersebut diadakan di padang Merlimau Point berhadapan dengan Politeknik Merlimau.. Mungkin bagi anda yang sering ke Politeknik Merlimau akan perasan dengan padang tersebut yang berhampiran medan selera..
Nampaknya kurang mendapat sambutan dan lebih banyak berborak sahaja nampanya.. Kadar kedatangan pengunjung juga tidak ramai .. Nampak lebih banyak peserta dari pengunjung.. Walaubagaimanpun kerja tetap mesti diteruskan kerana dah tanggungjawab kan..
Hm.. sambil tu dapat telefon percuma dari booth TM.. Terima kasih TM… Nampaknya mungkin bulan depan ada kemungkinan kena pegi pameran lagi… Harap-harap pameran akan datang dapat menjual rumah dengan lebih banyak.. AMIN..

p/s : Agak sukar untuk mencari maklumat-maklumat berkenaan perkara di atas dalam website kandungan berbahasa Melayu..


Posted in santai | 5 Comments »

Gile Blog

Written by zool on July 26, 2007 – 1:44 am -

Mungkin ramai yang telah mula ketagih melihat blog-blog. Saya merupakan salah seorang darinya.. Lihatlah keputusan saya 71 %.. Agak tinggi juga.. Bagaimana dengan anda ?? Cuba le lihat betapa gilenya anda terhadap blog ..

71%How Addicted to Blogging Are You?

Free Online Dating from Mingle2 …Kongsikan lah keputusan anda di sini ye..


Posted in Blog | 7 Comments »

Pendapatan anda

Written by zool on July 26, 2007 – 12:27 am -

Assalamualaikum semua..
Mungkin ramai dari kakitangan kerajaan yang telah menerima kenaikan gaji baru ( termasuk penulis).. Pasti gembira tak terkira bila lihat angka di akaun bertambah,, Dan mesti ramai yang berkira-kira untuk menggunakan duit tersebut .. Ada yang sibuk ingin menukar kereta, menukar handphone dan bermacam lagi. Jangan menambah isteri atau makwe sudahlah kan…
Dan ketika sibuk kakitangan kerajaan mengira bajet untuk kegunaan bulanan nampaknya ada peniaga-peniaga yang mengambil kesempatan untuk menaikkan harga… Nampaknya saranan dari pengurusan tertinggi kerajaan nampaknya tidak diendahkan.. Terpaksalah pihak KPDNHEP turun padang untuk memastikan agar peniaga tidak sesuka hati menaikkan harga. Jaminan Datuk Shapie Afdal dalam kenyataannya diharap perlu diberi perhatian oleh pihak berkaitan. Kenyataan sahaja tidak mampu menakutkan peniaga. Harap-harap Ops Gaji akan sentiasa berterusan bagi membendung ketamakan peniaga untuk mendapat keuntungan lebih..
Okaylah bagaimanakah anda membelanjakan pendapatan anda? Sudah tentu ada cara tersendiri kan ?? Kalau ikut saya , pembahagian akan saya lakukan untuk :-
1)  Kegunaan bisnes prepaid…
2)  Kegunaan insurans ( auto debit)
3)  Bayar hutang-hutang berkaitan
4)  Simpanan.
5)  Lain-lain
Macammana dengan anda pula?? Mesti ada cara pengurusan kewangan anda yang tersendirikan???

Mungkin buku ini dapat membantu kita menguruskan kewangan.

Mengurus Kos Hidup Tenang Walaupun Berhutang


Posted in santai | 2 Comments »
RSS