Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Memang kenalah tajuk muka hadapan akhbar Utusan Malaysia hari ini( 21.10.08) iaitu 1 setiap 5 pekerja warga asing.. Membaca kenyataan Ketua Setiausah Kementerian Sumber Manusia, Datuk Thomas George mengenai jumlah tenaga kerja keseluruhan 11.3 juta sebanyak 2.2 juta adalah warga asing.. Ini bermakna hampir 20 % dari seluruh tenaga kerja dikuasai oleh orang luar.. Apa sudah jadi agaknya?? Adakah warga tempatan sudah menjadi jutawan dan tidak perlu bekerja lagi.. Mungkinkah mereka mempunyai formula tersendiri untuk mendapat duit dengan hanya duduk goyang kaki seperti beberapa program di internet? Wallahualam..
Bercerita tentang warga asing pada petang tadi saya telah memantau aduan oleh penduduk setempat mengenai penyewaan rumah yang didiami oleh kilang untuk penempatan warga asing. Ketika bertemu kerani yang berkaitan telah sedikit mengejutkan saya.. Ye lah biasanya warga asing bekerja sebagai operator pengeluaran tapi kali ini ianya dijawat oleh warga Medan, Indonesia.. Nampak sangat yang pihak kilang menganaktirikan warga tempatan sehinggakan jawatan dalam opis pun berjaya ditakluk oleh mereka..
Dan dalam pemantauan yang dilakukan mereka sanggup berkongsi rumah pangsa kos rendah seramai 10 orang.. Betapa kesukaran hidup di negeri sendiri menjadikan mereka tidak kisah dengan kesesakan.. Sambil memantau saya dan rakan menemuramah sedikit sebanyak tentang pekerjaan mereka. Ye, gaji mereka agak murah iaitu ‘basic’ hanya setakat RM480.00 tapi mereka mampu untuk membawa pulang ke negara masing-masing..Lihat sahaja kenyataan pegawai kanan Kementerian Sumber Manusia bahawa pada tahun lepas sebanyak RM3.43 bilion dibawa balik oleh warga asing.. Satu jumlah besar betapa mudahnya mencari rezeki di Malaysia.. Bukan setakat kerja buruh, operator,mengemis malahan cabang profesional juga telah mula diterjah oleh mereka..
Perkara ini sedikit sebanyak mengugat kesejahteraan rakyat Malaysia.. Diharap adik-adik kita di luar sana akan lebih sedar tentang betapa kekayaan negeri kita telah dikaut oleh orang luar.. Jangan lagi bersenang lenang dan memilih kerja..
.. Sanggupkah kekayaan negara kita dikaut oleh orang luar sedangkan kita lebih sibuk bercerita tentang siapa betul dan siapa salah.. Renung-renungkan dan fikir-fikirkan.. ADIOS…
—————————————–
Update terkini :-
Pekerja asing bawa pulang RM9 bilion
” KUALA LUMPUR 22 Okt. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, para pekerja asing yang berada di Malaysia telah menghantar pulang wang sebanyak RM9.124 bilion ke negara asal mereka sejak Januari hingga akhir Jun lalu.
Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan menganggarkan sejumlah RM18.1 bilion akan dikirim oleh para pekerja asing ke negara masing-masing sepanjang tahun ini.
“Sehingga 31 Julai 2008, jumlah pekerja asing adalah seramai 2.1 juta orang dan secara puratanya setiap pekerja asing telah menghantar pulang sebanyak RM720 sebulan.
“Kedudukan rizab negara yang kukuh bagaimanapun, dapat menampung jumlah kiriman wang ini yang hanya merupakan 4.7 peratus daripada jumlah rizab semasa,” katanya.”
Banyak tu…








