2 pemain skuasy negara muncul juara dalam dua kejohanan berbeza

Bila kita berbicara tentang skuasy, pasti nama Datuk Nicol Ann David akan terbayang dalam fikiran tapi kini telah nampak beberapa pemain muda yang mula menyinar. Antaranya Ng Eain Yow, yang merupakan juara remaja lelaki dunia yang berjaya memenangi Terbuka Australia pada Ahad lalu.

Pemain berusia 19 tahun ini berjaya menumbangkan pemain ke 88 dunia dari Hong Kong, Lau Tsz Kwan dengan keputusan 7-11, 7-11, 11-4, 11-6,11-6. Kejayaan beliau bangkit selepas ditekan pada 2 set pertama menunjukkan keupayaan beliau untuk menguasai perlawanan dan tidak mustahil sekiranya arena skuasy lelaki mampu mengenegahkan pemain Malaysia dalam top 10 dunia.

Manakala, pemain wanita skuasy negara, Rachel Arnold pula berjaya menjuarai Sirkit Skuasy Jelajah Malaysia (SSJM) yang berlangsung di Royal Lake Club, Kuala Lumpur selepas menumpaskan pemain Jepun, Satomi Watanabe dengan keputusan 11-9, 11-9, 9-11, 2-11, 11-9. Pemain berusia 21 tahun ini yang menduduki ranking 55 dunia ini masih berpeluang untuk mencatat kejayaan membanggakan pada masa akan datang. Adik kepada bekas pemain skuasy kebangsaan (Delia Arnold) boleh menjadikan kejayaan ini pemangkin untuknya terus menuju kejayaan dalam pertandingan yang lebih mencabar.

 

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

Leave a Reply