2 emas diraih pada hari ke 5 temasya Para Asia

JAKARTA, 10 Okt (Bernama) — Atlet para Malaysia terus membuktikan kesungguhan mereka untuk mencapai sasaran 15 pingat emas apabila meraih dua lagi emas pada hari ke-5 temasya itu hari ini.

Setakat 6 petang ini, Malaysia meraih emas dalam acara ping pong selepas beregu kategori TT8-9, Chee Chao Ming dan Ting Ing Hock menewaskan gandingan Indonesia, Prahasta Mohamad Rian dan Kusnanto Kusnanto 11-7, 8-11, 11-6 pada perlawanan akhir.

Jaguh paralimpik negara, Mohamad Ridzuan Puzi pula meraih emas bagi acara 400m T36 dengan mencatatkan masa 59.36 saat.

Setakat 6 petang ini (waktu Indonesia Barat), Malaysia memungut sembilan pingat emas, 10 perak dan 16 gangsa.
– BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Archives