Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

100,000 unit rumah dirancang untuk kakitangan awam

Sebanyak 100,000 unit rumah dirancang dibina di bawah Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) di seluruh negara, menurut Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa. Menurutnya, kerajaan akan mengenal pasti kawasan-kawasan strategik termasuk di bandar-bandar dan ibu kota untuk memperluaskan program itu.
Jumlah itu termasuk 10,366 unit rumah di Putrajaya yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada April lepas. Menurutnya juga, harga yang ditawarkan di bawah skim PPA1M adalah antara RM150,000 hingga RM 300,000 dan keluasannya pula adalah antara 1,000 hingga 1,500 kaki persegi.

5 tkt rumah pangsa kos rendah pj
Gambar Hiasan

Beliau mengulas permintaan CEUPACS agar kerajaan menyegerakan pembinaan rumah kos sederhana kepada penjawat awam berikutan ketidakmampuan penjawat awam masih tidak mampu beli rumah sendiri. Menurut Tan Sri Dr Ali, Program PPA1M itu membabitkan kerjasama antara kerajaan dan swasta dimana pembeli tidak perlu membayar rumah mengikut kemajuan tetapi hanya membayar setelah projek siap itu sepenuhnya.

– Sumber BERNAMA

Satu inisiatif yang baik dari Kerajaan untuk memastikan kakitangan awam memiliki rumah sendiri. Namun banyak perkara yang perlu diperhalusi oleh pihak kerajaan. Bukanlah sesuatu yang mudah bagi kakitangan awam gred sokongan untuk membeli rumah berharga RM150,00 – RM300,000 itu. Ditambah pula dengan syarat terbaru dari Bank Negara yang memperketatkan syarat kelayakan pinjaman. Berdasarkan pengiraan, saya tidak yakin seorang Pembantu Tadbir mampu membeli rumah berharga RM150,000 dengan kelayakan terbaharu tanpa ada sokongan modal dari sumber lain.
Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri selaku seorang penolong pegawai teknologi maklumat di jabatan kerajaan Negeri, seorang bujang, pendapatan RM2,+++, membeli rumah berharga RM85K diikat selama 30 tahun namun secara realitinya memang ada sedikit kepayahan dalam kewangan. Bayangkan mereka yang bergaji dibawah RM2K dengan anak ramai dan ingin bersekolah. Pasti sukar untuk mereka membayar lebih dari RM7++ sebulan untuk pembiayaan rumah mereka terutama yang tinggal di bandar besar. Mungkin pihak berkaitan perlu mengambil berat bukan hanya pada harga dan juga kaedah pembiayaan yang mampu oleh golongan sokongan ini.
Selain itu, kakitangan berpendapatan bawah RM3,000 juga perlu diberi perhatian kerana mereka ini tidak layak untuk rumah kos rendah dan tidak semestinya mampu untuk membeli rumah berharga RM150,000 – RM300,00. Seeloknya rumah kos sederhana rendah harga di bawah RM 100,000 diwujudkan juga. Mungkin ia boleh dilaksanakan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Kakitangan awam bujang juga perlu digalakkan untuk membeli rumah bagi memastikan mereka memiliki harta di kemudian hari..
Pendidikan tentang pemilikan rumah kepada kakitangan awam juga perlu diberikan. Mungkin bagi mereka yang tak mampu mereka boleh membeli rumah lelong untuk dijadikan aset.
| RUMAH TERLALU MAHAL ? CUBA BELI RUMAH LELONG YANG BERADA DI PARAS HARGA PASARAN DAN TELAH SIAP DIDUDUKI. KLIK UNTUK MAKLUMAT LANJUT |

Selain dari harga, kajian tentang lokasi juga perlu dilakukan kerana kalau membina rumah di lokasi pedalaman atau dalam ayat kampungnya ‘tempat jin bertendang’ pasti menyukarkan kakitangan awam untuk membeli rumah tersebut.
Apa pula pendapat anda? Mungkin boleh dikongsikan bersama.

Sekian

Please follow and like us:
error0

5 thoughts on “100,000 unit rumah dirancang untuk kakitangan awam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)