LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

10 Pemain bola sepak dari Australia yang memberi impak di Liga Malaysia

Australia merupakan antara negara yang banyak menyumbang pemain import ke Liga Malaysia. Banyak para pemain yang memberi impak terhadap pasukan kelab bola sepak Malaysia sejak bermulanya era Liga Semi Pro yang membenarkan setiap pasukan mempunyai pemain import. Untuk artikel kali ini, Ligakampung ingin berkongsi 10 pemain yang memberi impak pada Liga Malaysia.

Alan Davidson

Bekas pemain import Pahang era tahun 90-an apabila menggangotai pasukan Tok Gajah bermula tahun 1992-1996. Pemain pertahanan tengah  yang pernah mewakili Australia pada tahun 1980-1991 telah bermain sebanyak 100 kali untuk Pahang serta memenangi 5 medal iaitu kejuaraan Liga (1992 dan 1995) 1 Piala Malaysia (1992) dan 2 Piala Sumbangsih (1992 dan 1993). Beliau juga Berjaya membantu Pahang menjadi naib juara Piala Malaysia sebanyak 2 kali pada tahun 1994 dan 1995. Beliau juga dinobatkan sebagai pemain terbaik Liga Malaysia pada tahun 1992 dimana membantu skuad Pahang menjuarai Liga Malaysia dan Piala Malaysia ketika itu.

Alistair Edwards

Pemain tinggi lampai ini kini merupakan pengarah sukan JDT bermula di Liga Malaysia apabila beraksi dengan pasukan Singapura pada tahun 1990. Beliau yang beraksi selaku penyerang diambil oleh pasukan Johor dimana kemasukannya membantu pasukan Johor menjulang Piala Malaysia pada tahun 1991. Dinobatkan sebagai antara penyerang import berbisa yang beraksi di Liga Malaysia, beliau beraksi di Selangor pada tahun 1994 sebelum mencuba nasib di kelab Liga Perdana Inggeris sebelum kembali beraksi di Liga Malaysia pada tahun 1997-1998 bersama pasukan Sarawak.Beliau pernah memenangi penjaring terbanyak Liga pada tahun 1990 ketika beraksi dengan Singapura.

Mehmet Durakovic

Penyokong Selangor pasti merindui jurulatih yang berjaya membantu pasukan Selangor menjulang Piala Malaysia 2015. Mehmet Durakovic yang merupakan pemain kebangsaan Australia pernah menjadi ketua pasukan bagi Selangor pada pertengahan 1990-an. Beliau yang beraksi selaku pemain pertahanan tengah ini membantu pasukan Selangor menjuarai Piala Malaysia dari tahun 1995-1997. Beliau beraksi bersama pasukan Selangor sebanyak 82 kali serta berjaya menjaringkan 3 gol selama 3 tahun aksi di Liga Malaysia.

Scott Ollerenshaw

Penyerang prolific yang mewakili pasukan Sabah pada tahun 1994-1997 ini mempunyai rekod jaringan menakjubkan. Dalam karier beliau dari tahun 1994-1997 mewakili Sabah, sebanyak 110 jaringan terhasil. Kehadiran beliau membantu pasukan Sabah untuk memenangi Piala FA pada tahun 1996. Pada tahun 1997 beliau berjaya membantu pasukan Sabah memenangi satu-satunya Kejuaraan Liga selepas mencatatkan 18 gol semusim. Pada tahun 1998 beliau berpindah ke Negeri Sembilan namun hanya setahun sahaja.

Sekarang ini beliau telah menetap di Sabah dan membantu membawa banyak pemain dari Australia untuk berksi di Liga Malaysia.

Abbas Saad

Bagi sesiapa yang sering menonton aksi EPL di kaca tv pasti mengenali figura ini. Abbas Saad merupakan antara pemain import yang cukup popular di era 90-an ketika beraksi dengan Alistair Edward. Pemain kelahiran Lebanon yang berhijrah ke Australia ketika masih kanak-kanak.

Beraksi di Singapura bersama Edward pada tahun 1990, beliau berjaya beraksi sebanyak 22 kali dan menjaringkan 11 gol ketika itu. Setahun kemudian beliau berpindah ke Johor dan beraksi dari tahun 1991-1992 dan kembali ke Singapura pada tahun 1993-1994. Aksi beliau di Johor menyaksikan pasukan yang diwakili memenangi ‘double’ Liga Malaysia dan Piala Malaysia pada tahun 1991. Ketika kembali mewakili Singapura, beliau berjaya menjaringkan hatrik pada perlawanan akhir Piala Malaysia 1994. Walaubagaimanapun beliau digantung beberapa bulan selepas di suspek mengatur perlawanan.

David Mitchell

Pemain Australia yang beraksi di Selangor ini dating dengan reputasi tinggi. Pernah beraksi dengan beberapa kelab terkenal Eropah seperti Rangers, Frankfurt, Feyenoord, Chelsea, Newcastle. Beliau akan diingati melalui jaringan emas ketika menyaksikan pasukan Red Giant membenam Pahang pada perlawanan akhir Piala Malaysia 1995. Beliau yang beraksi selama 2 musim (1995-1996) berjaya menjaringkan 14 gol untuk pasukan Selangor ketika itu. Ketika ini beliau menjadi pengulas sukan di ASTRO .

John Hunter

Merupakan antara pemain import yang cukup dikenali dengan jaringannya. Ketika beraksi dengan pasuakn Sarawak pada tahun 1991-1995 , gandingannya dengan penyerang tempatan Shamsurin Abdul Rahman membantu pasukan Bujang Senang menjuarai Piala FA 1991.

David Evans

Pemain pertahanan yang beraksi untuk pasukan Sarawak ini merupakan antara pemain import paling lama beraksi di Liga Malaysia. Beraksi untuk Sarawak sebanyak 100 kali beliau berjaya  membantu Sarawak menjulang Piala Malaysia 1992 dan 1997.

Robert Cornthwaite

Pemain Selangor ini berjaya membantu pasukan Selangor menjulang Piala Malaysia 2015. Aksinya selaku pemain pertahanan tengah berjaya menarik perhatian para penyokong The Red Giant yang meminta agar pengurusan Selangor menyambung kontraknya pada tahun 2015. Beliau beraksi sebanyak 27 kali dan berjaya menjaringkan 4 gol untuk The Red Giant.

Matthew Davies

Pemain kelahiran Australia ini pernah beraksi untuk pasukan Australia bawah 19 namun selepas beraksi di Pahang bermula tahun 2015. Beliau mengambil keputusan untuk bermain dengan pasukan Malaysia dan memberi impak yang cukup besar. Beraksi selaku pemain pertahanan kanan untuk pasukan Pahang, beliau dinobatkan selaku pemain muda terbaik untuk tahun tahun 2015 oleh FAM. Beliau juga beraksi untuk pasukan Malaysia bawah 23 tahun di Sukan SEA 2015 di Singapura dan dijangka akan beraksi juga di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 ini.

Brendan Gan

Merupakan salah seorang lagi pemain naturalisasi yang berasal dari Australia. Pemain tengah bertahan ini mula bermain di Sabah pada tahun 2012-2013 selaku pemain import. Pada tahun 2013 beliau kembali menandantangani kontrak dengan pasukan Kelantan selaku pemain tempatan berdasarkan kelayakan beliau untuk memegang passport Malaysia. Beliau mewakili Malaysia pada tahun 2014 namun kecederaan banyak menganggu perkembangan selaku pemain professional negara.

Rujukan dan Sumber :- FourFourTwo

Serba sedikit mengenai beberapa pemain Australia yang pernah beraksi di Liga Malaysia. Mungkin ada lagi yang Ligakampung tak perasan dan mungkin anda boleh kongsikan.

 

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)