1 Syawal 1429 H

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Nampaknya hari ini merupakan hari kemenangan setelah sebulan berpuasa.. Tahniah kepada insan-insan yang berjaya menunaikan ibadah puasa pada bulan Ramadhan. Semoga kita akan bertemu lagi Ramadhan 1430 H..

Seperti tahun-tahun sebelumnya 1 Syawal disambut dengan ziarah menziarahi antara satu sama lain.. Memang inilah perkara asas yang dilakukan oleh umat Islam seluruh dunia.. Aktiviti asas yang sering dilakukan oleh saya dan keluarga ialah melawat kubur datuk dan nenek.. Memang agak mudah memandangkan datuk dan nenek saya dikebumikan di daerah yang sama, jadi hanya 1 jam lebih masa diambil untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut.

Selepas itu barulah saya menziarahi rumah saudara, itupun hanya 2 rumah memandangkan yang lain merupakan warga kota dan kebiasaannya mereka yang melawat rumah saya.. Dan memang itu yang terjadi pada hari raya pertama ni…

Selain menziarahi rumah saudara mara satu tempat yang sudah menjadi kemestiaan ialah Rumah Terbuka Ketua Menteri Melaka… Memang ramai sekali orang ramai yang mengunjungi rumah terbuka tersebut.. Orang yang beratur untuk bersalaman dengan Ketua Menteri Melaka memang ramai.. Tak jadi nak bersalam…

Melihatkan keadaan yang ramai di kawasan tersebut menunjukkan betapa kayanya rakyat Malaysia.. Banyak makanan yang dihidangkan seperti satay, keropok lekor, cucur udang, buah duku, roti canai dan sebagainya.. Sehinggakan kami tiada meja untuk duduk dan terpaksa menjadikan kerusi lebih sebagai tempat meletak barang makanan..Tengok gambar di hari raya??

Bersama ini 2 gambar yang diambil ketika 1 Syawal 1429 H.. Lebih-lebih malas nak ambil takde apa yang menarik..

Masjid MITC

Bergambar bersama adik, BDFabregas di depan Masjid Alami, MITC sebelum ke rumah ibu saudara..

Makan rumah CM

Sedang makan bersama adik perempuan di Rumah Terbuka Ketua Menteri Melaka..

p/s:- Ada topik menarik yang ingin saya tulis berdasarkan perkara yang berlaku pada hari ini.. Tapi takpelah insyaalah dalam masa terdekat akan saya bincangkan..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :622
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

12 Responses to “1 Syawal 1429 H”

  1. azwanNo Gravatar says:

    aku ziarah bog kau ajelah Zool :)
    Selamat Hari Raya Aidil Fitri
    Maaf Zahir dan Batin

    Reply

  2. adiNo Gravatar says:

    selamat hari raya fitrah zool.
    jgn byk mcm2 sgt, nati sakit perut memulas mcm aku huhu

    Reply

  3. Mohd IsmailNo Gravatar says:

    ha ha.. apsal background ramai cina dr melayu.. siap ade pengakap lagi.. =)

    *selamat hari raya bro!*

    Reply

  4. AdryNo Gravatar says:

    Slamat Hari Raya… Maaf zahir dan batin…

    Adry @ http://www.adrysabry.com

    Reply

  5. zoolNo Gravatar says:

    azwan –> ala.. rayalah umah member2..
    mohd ismail –> he he he.. memang ramai cina dari melayu yang datang rumah terbuka Ketua Menteri Melaka.. orang melayu raya umah sedara.. pengakap tu ditugaskan untuk mengangkat sampah2 yang ditinggalkan oleh orang-orang yang mentaliti rendah… sepah2kan pinggan polisterin lepas makan.. nanti aku kawin aku nak hire pengakap lah.. murah sikit.. he ha ha..
    adry –> selamat raya gak..

    Reply

  6. d2zNo Gravatar says:

    selamat hari raya dua~
    rmai cina shopping time raya nih..semlm aku g tesco pon ramai org cina..

    Reply

  7. amanNo Gravatar says:

    salam hari raya. erm..duit raya collect kat mane yerk..?

    Reply

  8. |1f34|-|1r3No Gravatar says:

    fuh..mesti banyak duit raya dia bg tuh kan…hehe…ketua menteri mana leh bg duit sket..nanti jatuh standard..hehe

    Reply

  9. saffaNo Gravatar says:

    Suka theme baru ni!

    rajinnyer g umah terbuka ketua menteri. best ker? makanan sedap?
    hehe..
    *tu yg malas pergi. ramai orang. baik duk umh jer..

    Reply

  10. AdilaNo Gravatar says:

    laaaa… mana gambar makanan ni? :P

    Reply

  11. romziNo Gravatar says:

    Salam,

    Terima kasih sebab drop to my blog and leave a comment.
    Selamat Hari Raya gak, maaf zahir batin.

    Shoot sy tu, masih tak ok sangat lagi… nampak masih banyak kekurangannyer…. hehehehe

    Reply

  12. topoNo Gravatar says:

    hohoh blog ni tuka langsir baru nak raya…

    Reply

Leave a Reply