Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya semua.
Mesti seronok hari ni beraya.. Pergi ke rumah sanak saudara sambil mengayakan pakaian serba baru.. Nampaknya pada hari raya ini ada beberapa peristiwa yang agak menarik untuk saya kongsikan pada anda semua.. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadi sempadan, yang kosong jadi hiburan.. He he he ..
1. Ketika sembahyang sunat Aidilfitri dalam saat-saat terakhir masih terdapat juga insan yang terkial-kial untuk membayar zakat fitrah.. Malahan imam terpaksa memberi peluang kepada mereka untuk membayarnya kerana jika solat sunat telah dimulakan maka tamatlah waktu untuk mereka membayar zakat fitrah.. Pelik juga sibuk sangat agaknya sehingga 30 hari yang diperuntukkan dalam bulan Ramadhan tak digunakan untuk membayar.. Namun sekurang-kurangnya bayar juga..
2. Terperanjat juga bila ketika solat sunat Aidilfitri sebab ramai warga asing yang hadir ke masjid.. Nampak betapa ramainya mereka di daerah Jasin ni.. Dan kebanyakan dari mereka tidak menunggu sehingga habis khutbah solat sunat Aidilfitri termasuklah rakyat tempatan.. Camne tu??
3. Melawat kubur. Ianya memang menjadi kemestiaan untuk menziarahi kubur saudara mara yang telah meninggal dunia dan sedekahkan bacaan Yasin kepada arwah.. Cuma yang tak best bila budak-budak kecil yang melangkah-langkah pusara.. Dan terdapat pusara yang tidak bertanda yang mungkin menyebabkan orang terlanggar.. Wallahualam
4. Seperti biasa rumah big bos, YAB Ketua Menteri Melaka dan istana TYT menjadi tempat kemestiaan pada hari raya pertama. Disebabkan oleh kelewatan kebanyakan makanan telah pun habis.. Makanan yang sering dituju, Sate sudahpun dibedal oleh orang ramai.. HUhuhu.. Sambil tu saya dan adik saya beratur untuk bersalaman dengan Datuk Seri Ali Rustam tapi beliau berehat sebentar..Almaklumlah ramai pengunjung berpusu-pusu ke majlis rumah terbuka hari Raya.. Hanya dapat bersalaman dan ditepuk oleh Datin Seri Asmah.. Mentang-mentanglah dah lama tak jumpa kena tepuk kat bahu dan dijerit pula tu.. Malu sekejap..Tapi takpelah dapat gak ‘angpow’ walaupun dah tua.. He he he…
4. Seperti biasa pada waktu petang saya akan lepak di rumah menunggu kehadiran sanak saudara yang akan datang beraya..
Okaylah saya rasa ini sahaja catatan diari 1 Syawal 1428 H.. Diharap akan bertemu pada 1 Syawal 1429 H. Mungkin dengan situasi berbeza.. AMIN…







October 14th, 2007 at 6:37 am
tiap2 tahun ko gi raya rumah ali rustam?
October 14th, 2007 at 9:54 am
sebol —> ye tepat sekali.. Almaklumlah big boss…
October 17th, 2007 at 3:53 am
wahh..padatnya jadual raya..ada bayang-bayang nak jadik ketua menteri tuh..boleh ganti ali rustam.
October 27th, 2007 at 11:01 am
kunjungan balas: Selamt hari raya Zool maaf zahir batin..