Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Terbaca tentang pendaftaran kenderaan siri ‘WWW’ yang menjadi kegilaan ramai membuatkan tertanya mengapa agaknya mereka sanggup membida nombor pendaftaran sehingga ada kalanya harga nombor tersebut lebih mahal dari kereta orang-orang biasa. Jadi mungkini ini antara sebabnya mereka sanggup menghabiskan duit yang banyak hanya untuk nombor pendaftaran kenderaan :-

Image Hosting
No plat ni takde kaitan..
1. Memang minat dengan nombor tertentu. Mungkin nombor tersebut ada kaitan dengan kisah hidup mereka. Kebiasannya, tarikh-tarikh yang menjadi kegemaran seperti tarikh lahir, tarikh kahwin dan sebagainya. Mungkin untuk menjadi kenangan atau jadi ingatan untuk diri. Ada juga nombor berkaitan dengan keluarga dan mereka membeli nombor yang sama.
2. Untuk kepuasan diri. Ada yang saja-saja je nak dapatkan nombor untuk menjadi koleksi. Mungkin ada yang mempunyai koleksi nombor-nombor dekat kenderaan masing-masing.
3. Duit terlalu banyak dan tak tau nak habiskan ke mana. Ye lah, kalau duit dah banyak sangat bolehlah buangnya untuk habiskan kat bidaan untuk nombor kenderaan.
4. Nak tunjuk hebat dengan orang lain. Ye lah. Kawan-kawan lain guna no pendaftaran tersendiri, jadi nak ikut juga le. Kira ikut-ikut sahaja tanpa motif tertentu.
Okay cukuplah setakat ini. Agak-agak apa lagi sebab mereka-mereka minat untuk bida no kenderaan ni ye? Ada cadangan?
Ini sekadar hanya suka-suka je. Mungkin ada yang tak berapa sesuai ye..
Sekian.
p/s :- Si Zool ada cita-cita nak beli nombor plat 2001 tapi tak sanggup nak habiskan duit semata-mata untuk plat kenderaan.
Jumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :52
RSS Feed
Twitter



May 16th, 2012
zool 


