Belajar Bina Blog Dengan Wordpress
Powered by MaxBlogPress  




Bisnes prepaid hangat masakini





Mengasing Telur Cacing

Ditulis oleh zool pada July 7, 2008 – 8:35 pm -

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Nampaknya hari Ahad lalu saya telah menukar media cacing untuk kali kedua.. Secara amnya saya dapati kadar pertambahan cacing tidak menunjukkan kadar yang tinggi.. Setelah sebulan, kadar peningkatan hanya 0.4 gram sahaja.. Saya memang agak musykil kerana melalui jangkaan ianya mampu meningkat sekitar 1 kg.. Walaubagaimanapun setelah saya meneliti barulah mendapat kesimpulannya.. Ketika melakukan penukaran media cacing pada kali pertama pengasingan telur cacing tidak diambil perhatian.. Ini sedikit sebanyak menyebabkan kurangnya pembiakan cacing tersebut.. Disebabkan kesilapan itu untuk penukaran media kali kedua saya mengambil langkah yang lebih teliti dengan mengasingkan cacing, baja dan telur .. Memang amat meletihkan lebih-lebih lagi saiz telur cacing yang halus tu.. Tetapi berdasarkan anggaran terdapat lebih dari 100 telur cacing dijumpai… Wah patutlah kadar peningkatan cacing sebelum ini agak sedikit.. Tak mengapa, ianya masih dalam percubaan.. Insyaallah saya menjangkakan pada tuaian ke-3 iaitu pada hujung bulan ini jumlah berat cacing akan bertambah dari 1 kg ke 2.2 kg..
Memandangkan adik saya telahpun pulang ke UMP nampaknya saya perlu lebih bekerja keras untuk melakukan pengasingan tersebut..

Okay macammana cara mengasingkan cacing, telur dan baja??? Sebenarnya cara saya agak kurang praktikal di mana saya menggunakan tapis besi.. Mengambil masa yang agak lama tetapi baja yang ditapis memang cukup halus (minta maaf gambar tak dapat dipaparkan, kamera rosak).. Kepada mereka yang menternak cacing dalam skala besar anda boleh mengayak cacing tersebut menggunakan penapis pasir yang diubahsuai.. Tapi perlu memastikan jaring cukup halus bagi mengelakkan anak cacing ditapis .. Rugi woo… Ini contoh penapis yang sesuai..


Gambar dari Chini Agro Enterprise

Rasanya cukup setakat ini… Insyaallah saya akan menceritakan perkembangan selanjutnya..

Iklan sekejap :-
Kepada sesiapa yang berada di Melaka dan menanam pokok bunga saya mengesyorkan baja cacing.. Kenapa?? Kerana ianya 99.9% tanpa bahan kimia.. Ianya hasil campuran tahi kambing dan habuk papan.. Berminat?? Emel :- zzarizi@gmail.com


Tags: , ,
Posted in kehidupan, pertanian | 4 Comments »

Mantan Tuan Yang Dipertua Negeri Melaka meninggal dunia

Ditulis oleh zool pada July 7, 2008 – 11:55 am -

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ini perginya mantan TYT Negeri Melaka, Tun Datuk Seri Utama Syed Ahmad Al-Haj bin Syed Mahmud Shahabudin.  Beliau merupakan antara TYT yang paling lama berkhidmat di Melaka iaitu dari tahun 1984-2004 ( 9 tahun 6 bulan)..

Sumber gambar :- Portal Jabatan Ketua Menteri Melaka..

Beliau dilahirkan pada 4 Mei 1925 berasal dari Kulim, Kedah dan berumur 83 tahun pada tahun ini.Tun berkahwin dengan Toh Puan Sharifah Haniffah binti Syed Alwi (telah meninggal dunia pada tahun 1993) pada tahun 1950 dan telah dikurniakan enam orang anak. Pada tahun 1960, Tun berkahwin dengan Toh Puan Datuk Seri Datin Seri Utama Marfuza bte Sheikh Mohd. Osman dan mereka telah dikurniakan dengan 4 orang anak. Mengikut laporan beliau telah meninggal dunia di kediamannya di Kuala Lumpur akibat sakit tua. Ramai yang memberikan penghormatan ketika jenazah Tun di bawa ke Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh Melaka sebelum beliau disemadikan di Makam Pahlawan Melaka di Masjid Al-Azim, Melaka.. Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang beriman…

Berita berkaitan :-
Najib anggap pemergian Syed Ahmad satu kehilangan besar


BEKAS TYT MELAKA MENINGGAL. TAKZIAH KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM


TAKZIAH KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM TUN


Syed Ahmad Shahabudin dies


Former YDP Melaka Tun Syed Ahmad Shahabudin Dies


Tun Syed Ahmad Shahabudin, Illustratious Son of Kedah


Tags:
Posted in Uncategorized, kehidupan | 2 Comments »

Cinta boleh dijual

Ditulis oleh zool pada July 6, 2008 – 3:23 pm -

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Love.4Duit
Saya bukan ingin bercerita mengenai cinta antara individu-individu dan pasangan masing-masing.. Bukan juga cerita manusia yang bercinta atas dasar materialistik.. Itu semua telah banyak dibicarakan di media masa mahupun media alternatif.. Sebaliknya pada kali ini saya ingin berkongsi bagaimana ‘cinta’ boleh dijual..
Berikut merupakan antara beberapa cara ‘cinta’ dijual..

1. Menjual buku novel . Rasanya ramai yang tahu pasal novel cinta yang berada di pasaran.. Malahan novel cinta merupakan jenis novel yang amat laris dipasaran…
2. Menjual ebook.. Rasanya agak kurang ebook mengenai keyword ‘cinta’ di pasaran..
3. Blog pasal cinta.. Ingatkah anda lagi pada Razzi Rahman , penyanyi era 90-an atau pelakon versatil Catriona Ross? Mereka menggunakan pengalaman cinta untuk dikongsi bersama dengan pembaca yang dahagakan cinta…. Yang menariknya mereka juga mampu mengeksploitasi ‘cinta’ dengan menjual t-shirt, cenderahati mengenai cinta.. Menarik bagi orang yang bercinta..
Selain itu blog tentangcinta oleh Mr. dan Mrs Teddy mampu mendapatkan 900++ subscriber.. Pergh banyak tu, saya rasa dengan kadar pengunjung setia sebanyak tu blog tentangcinta mampu menjual barangan mahupun pengiklanan tetapi nampaknya pemilik tidak menjual cinta tersebut..

Sebagai tambahan :- Saya tiba-tiba rasa terpanggil untuk mereview blog Lepaskan Matahari . Sebuah blog yang bercerita tentang cinta dalam bentuk buku (tak tau apa perkataan sesuai). . Walaupun blog tersebut masih baru namun saya berkeyakinan ianya mampu menarik perhatian pembaca terutamanya para remaja sekiranya penulis konsisten dalam berkarya..  Corak penceritaan bersambung mampu membuatkan pembaca tak sabar-sabar untuk menanti kisah selanjutnya dan sudah pasti beliau mampu menjual idea ‘cinta’nya..
Okay cukup sudah untuk hari ini..


Tags: , , ,
Posted in Blog, santai | 12 Comments »

Durian oh Durian

Ditulis oleh zool pada July 5, 2008 – 8:22 am -

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua… Cuba lihat gambar di bawah.. Pasti ada antara anda yang terliur melihat gambar durian dengan ulasnya yang kekuning-kuningan, tetapi ada juga yang menutup hidungnya ..
durian.1
Sebenarnya saya bukanlah pengemar durian  tetapi sukalah juga makan durian.. Almaklumlah kadar peningkatan darah menyebabkan saya lebih berhati-hati untuk mengambil makanan yang agak berisiko tinggi..

Di tempat saya, nampaknya di tepi-tepi jalan telah mula bersusun penjual durian dan sudah pastinya ia diserbu oleh pengemar durian.. Sebenarnya membeli durian di tepi-tepi jalan ni perlukan teknik bagi memastikan kita tidak tertipu.. Ini kerana jika silap pilih durian yang dipilih adalah dalam keadaan yang tidak elok.. Nak saman penjaja tu?? Aiyok.. Rasanya ramai yang tak sanggup ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri untuk mendapatkan hak kepenggunaan termasuklah si ZOol ni..

Bercerita tentang penjaja durian, buah durian yang kita kenali sebagai raja buah ni telah memberikan pendapatan yang baik kepada pemilik-pemilik dusun durian.. Memang ianya merupakan salah satu bidang yang kurang diceburi .. Almaklumlah hasilnya agak lambat malahan musuh-musuh seperti tupai, kelawar , pencuri membantutkan usaha untuk menceburi bidang ini. Namun pada pendapat saya ianya juga berpotensi jika dihasilkan dengan menggunakan teknik yang betul.. Tidak silap saya, dengan kaedah yang betul buah durian mampu memberi hasil dalam tempoh kurang dari 5 tahun.. Betul ke??  Tetapi mungkin dengan bantuan teknologi terbaru dan menggunakan baja vermikompos mungkin tempoh hasilnya dapat dipendekkan lagi.. Diharap Jabatan-jabatan pertanian dapat membantu pengusaha durian agar ianya dapat meningkatkan lagi pengeluaran oleh pemilik dusun durian ni..

Selain dari itu saya juga ingin meminta nasihat dan petua dari tuan-tuan tentang teknik pemilihan durian.. Mungkin anda semua dapat berkongsi bersama..

p/s: - Baru beli 5 kg durian tapi hanya 2 biji je elok.. Tension betul….


Tags: ,
Posted in pertanian | 5 Comments »

Market Baja Cacing

Ditulis oleh zool pada July 4, 2008 – 10:58 am -

Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Saya sebenarnya banyak menerima pertanyaan mengenai bagaimana dan dimana cara untuk menjual samada cacing mahupun baja vermikasting ( saya akan menggunakan perkataan baja cacing..).. Walaubagaimanapun untuk artikel kali ini saya akan memberi fokus pada baja cacing..

Sebenarnya saya bukanlah hebat sangat dari segi market baja cacing ni dan setakat ini sekadar mendapat pasaran kampung (almaklumlah kecil-kecilan)… Sebenarnya pasaran baja cacing ini agak besar memandangkan ianya 99% bahan organik… Dan dengan itu ianya berpotensi untuk memberikan pasaran yang baik kepada penternak… Sepengetahuan saya, Kerajaan juga menggalakkan penggunaan baja kompos dalam bidang pertanian bagi mengurangkan kadar penggunaan bahan kimia dalam segala bentuk tumbuhan.. Ini bagi meminimumkan risiko kemudaratan kepada kesihatan rakyat…

Yang perlu dilakukan adalah bagaimana anda mempromosikan baja tersebut.. Saya sendiri menggunakan cara offline iaitu memberi sampel kepada rakan-rakan, orang kampung terdekat.. Walaupun terpaksa menebalkan sedikit muka namun sedikit demi sedikit maklumat tentang penghasilan baja ini diketahui oleh orang setempat.. Insyaallah akan ada pulangan atas hasil usaha kita.. AMIN…

Saya juga ada terjumpa satu website yang mengkomersialkan baja cacing ni secara online.. Anda boleh lihat di web http://www.dirtworks.net/worm-castings.html dimana baja tersebut dijual seperti barangan lain.. wormcastings..

Jadi pada pendapat saya ‘pasaran’ bagi baja cacing ini masih terbuka… Malahan di tempat saya pun telah ada ura-ura orang kampung nak menternak cacing.. Harap-harap beliau akan melaksanakan kerana pasaran baja cacing ini terbuka luas..

So kepada mereka yang masih tertanya-tanya tentang pasaran baja jangan risau.. Selalulah dapatkan maklumat dari Jabatan Pertanian.. Insyallah mereka sudi membantu..


Tags: ,
Posted in pertanian, tumbuhan | 1 Comment »
RSS