Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Kepada ibu dan bapa mungkin hari ini agak sibuk terutamanya bagi mereka yang mempunyai anak yang mula melangkah ke alam persekolahan.. Ada yang menangis di dalam kelas tidak mahu berpisah dengan ibu bapa.. Dan tidak kurang yang cukup gembira dengan rakan-rakan baru..
Seperti yang pernah dilalui oleh kita dahulu cuma yang membezakannya adalah suasana dan keupayaan mereka untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru..
Banyak persiapan yang dilakukan oleh ibubapa dari segi kewangan, pakaian dan sebagainya.. Malahan sokongan moral diberi bagi memberikan semangat kepada anak-anak kecil untuk belajar berdikari dan menempuh satu proses kematangan.. Riuh rendah di sekolah dengan pelbagai ragam anak-anak yang baru melangkah ke alam persekolahan dan buat kali pertama mengucapkan ‘Selamat pagi cikgu’ atau ‘Assalamualaikum cikgu’.
Tenaga pengajar pula perlu bersedia dengan pelan-pelan terbaik bagi memastikan ilmu yang dicurahkan kepada anak-anak didik sampai dengan tepat dan betul..

Gambar curi dari Kosmo
Anda ada cerita ke pasal kisah hari pertama sekolah?? Tak kisahlah samada kenangan orang lain ataupun kisah anda sendiri.. Sama-sama kongsikan..
Artikel berkenaan hari pertama persekolahan..
Nostalgia Hari Pertama oleh Kosmo
Banjir ,30,000 murid terjejas
Bangun…Selamat pagi cikgu! Terima kasih cikgu!
p/s :- Artikel ini diminta oleh rakan untuk menulisnya..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Tengah-tengah mencari idea dalam suratkhabar online tetiba saya terbaca satu berita yang sedikit memeranjatkan.. Mungkin bagi orang-orang bandar tidak mengejutkan tapi bagi saya yang agak kolot ni perkara tersebut memang menyedihkan..
Sedikit petikan hmetro..
KUALA LUMPUR: Mengaibkan apabila semakin ramai remaja perempuan beragama Islam di negara ini kehilangan dara pada usia muda.
Lebih membimbangkan, segelintir mereka berbangga dengan status itu dan beranggapan remaja yang masih dara sebagai kelompok ketinggalan zaman.
Hasil temu bual Metro Ahad dengan sekumpulan remaja yang pernah terjerumus dalam pelbagai gejala sosial juga mendapati, ada remaja yang kini berusia 15 tahun memberitahu kali pertama mereka melakukan hubungan seks ketika berusia 10 tahun.
Ada juga yang mengaku seawal usia lapan tahun, mereka mula merokok, minum arak dan mengambil dadah jenis syabu.
Nampaknya semakin hari semakin teruk akhlak remaja kini.. Makin tersenyumlah mereka-mereka yakni musuh-musuh melihat perkembangan ini.. Dan pertelagahan sesama bangsa yang tidak berkesudahan tidak membantu… Rasa-rasanya tercapai ke Wawasan 2020 kalau inilah dia bakal-bakal wanita yang akan menjadi peneraju negara..
Entahlah ‘ masing-masing pikirlah sendiri’…
p/s :- Israel terpaksa menggunakan serangan fizikal untuk menjatuhkan Palestin. Tengah kita sibuk-sibuk cerita pasal Palestin kita terlupa rupanya di negara kita juga mengalami masalah yang teruk.. Bersamalah kita berdoa agar Malaysia tidak akan menjadi seperti Bosnia.. Wallahualam..

Tags: isu semasa, masalah jenayah, masalah sosial, remaja, rosak akhlak
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Kali ini entri yang agak simple iaitu berkenaan dengan kalendar.. Sebenarnya setakat ini saya hanya telah menerima satu kalendar sahaja…
Okay bercerita tentang kalendar.. Ianya memang merupakan keperluan tak kira samada anda bekerja di pejabat atau secara sendiri.. Penyusunan jadual kerja perlu berdasarkan tarikh-tarikh yang ditetapkan. Kebiasaanya ada 2 jenis kalendar iaitu yang di letakkan di dinding ataupun di atas meja.. Ini penting bagi memudahkan mengingati sesuatu tarikh.. Walaupun teknologi sudah makin canggih di mana kaedah kalendar menggunakan ‘organizer’, ‘h/p’ dan sebagainya namun ia tidak bermakna kalendar lama perlu dibuang.. Kesentimentalan kalendar kadangkala boleh menjadikannya ia sebagai koleksi.. Saya tiadalah menyimpan kalendar ni tapi ada terdapat beberapa rakan yang menjadikan ianya sebagai satu simpanan.. Dan mungkin akan memberikan kenangan nostalgia pada tahun-tahun mendatang..
Ops selain dari kalendar dinding dan meja terdapat juga kalendar kecil yang biasa diletakkan di dalam dompet..
Selain itu kebiasaannya kalendar ini digunakan untuk perkara-perkara seperti berikut :-
1. Tempat membuat countdown tarikh-tarikh tertentu seperti hari gaji, hari lahir awek/pakwe, tarikh kawin dan tarikh-tarikh penting lain..
2. Menandakan waktu-waktu untuki membayar hutang-hutang.. Dengan kalendar dapat mengingatkan kembali waktu-waktu terakhir..
3. Bagi mereka yang sering buat kerja/study last minit, kalendar akan menunjukkan tarikh dateline..
4. Hiasan.. Ini biasa berlaku terutamanya bagi kalendar dinding.. Budak-budak rempit yang biasa dapat kalendar free dari tokei bengkel biasa akan menampal kalendar di bilik mereka.. Ditambah dengan gambar model kalendar tu…
Okay rasanya cukup setakat ni.. Sekarang ni tengah tunggu kalendar dari si Acai.. Mesti budak opis pelik dapat kalendar dari Zakat Selangor ..
p/s :- Kepada sesiapa yang nak masukkan kalendar Masihi /Hijrah ke dalam website/blog boleh mencuba skrip dari mukmin.info
Boleh gak tengok kalendar dari cuti.com.my
Boleh gak dapatkan kalendar percuma dari internetmelayu.
Kalendar untuk orang Melaka dari UStazMelaka
Tags: kalendar, kalendar hijrah, skrip
Assalamaulaikum dan salam sejahtera semua..
Nampaknya hari ni line Streamyx masih agak tidak stabil.. Dan membuatkan mood untuk menulis agak lari.. Walaubagaimanapun cuba juga untuk menulis sesuatu.. Memang sakit ati..Dah 3 kali diorang datang. Lepas ni saya nak suruh dia wiring balik.. TUkar box tu pun macam tu gak..
Okay jika sebelum ini saya lebih banyak memberikan info mengenai tumbuh-tumbuhan samada sayuran ataupun pokok-pokok namun kali ini saya ingin bertanya kepada anda semua..
Ini kerana saya tidak dapat mencari apa nama pokok ini.. Malahan mak saya pun tak tau namanya walaupun ditanam di tepi rumah, berdekatan rumah YB cacing.. Jadi cuba anda semua lihat gambar berikut dan mungkin boleh sama-sama membantu..

Quickpost this image to Myspace, Digg, Facebook, and others!
Quickpost this image to Myspace, Digg, Facebook, and others!

Quickpost this image to Myspace, Digg, Facebook, and others!
Kucing yang tidak sihat..
Sebelum ini saya ada memberitahu dalam blog ini ada seekor anak kucing yang tidak sihat.. Berikut merupakan gambar yang diambil.. Macam sakit Chikuunguya je. Tapi tak tau le..Kepada BDFabregas inilah dia kucing tu,

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Mungkin tajuk di atas sungguh meng’confuse’kan.. Buku perlu dihabiskan?? Camne tu?? Di makankah ? Atau di rebus?? He hehhe.. Sebenarnya saya sendiri tiada idea untuk mencari tajuk yang sesuai lalu dihentam sajalah..
![]()
Kredit :- PTS
Mungkin ada di antara anda pernah membaca buku seperti diatas. Sebenarnya buku ini telah dibeli oleh saya pada 2 bulan yang lalu tetapi masih tak habis-habis baca lagi. Secara amnya buku ini menarik kerana ianya memaparkan tajuk-tajuk secara ringkas dan ditambah dengan sampel-sampel kes yang boleh dijadikan panduan.. Namun kekuatan mental dalam diri agak lemah.. Sepatutnya buku sebanyak 296 mukasurat ni boleh dihabiskan dalam tempoh kurang dari seminggu namun kemalasan untuk membuka helaian-helaian menyebabkan ingatan terhadap mukasurat sebelum ini mula kabur.. Walaubagaimanapun saya telah menetapkan dalam diri agar menyelesaikan pembacaan buku ini dalam minggu ini juga. Mungkin buku ini tidak seseronok buku komik Penyiasat Muda Kindaichi tetapi topik dalam buku ini mungkin boleh membantu saya.. Lagipun ianya mungkin memberikan sedikit sebanyak idea untuk bersaing di arena blogger ni.
Bagaimana pula dengan anda?? Ada ke buku yang terbengkalai untuk di baca.. Kalau ada cepat-cepatlah habiskan.. Lepas ni boleh cari buku lain plak..
p/s :- Seekor anak kucing di rumah ni mengalami penyakit seperti Chikuunguya.. Nampaknya keadaannya tidak stabil.. Banyak nyamuk kat rumah sekarang ni.. Kena bersihkan ni








